You are here
Home > Iklan > Advertorial > Aplikasi Axiata Cup – Bermain Badminton Pada Telefon Pintar

17,456,040 total views, 8,509 views today

Aplikasi Axiata Cup – Bermain Badminton Pada Telefon Pintar

Axiata Cup 2013 Game
Ada sesiapa teringin nak cabar Bro bermain badminton?

Jika ada, anda tidak perlu susah-susah set masa dan tempat. Hanya perlu bermain pada telefon pintar anda.

Sempena kejohanan badminton Axiata Cup,

Axiata bersama-sama dengan Terato Tech telah menyediakan aplikasi mudah-alih bersempena kejohanan ini untuk para pengguna peranti Android, BlackBerry dan juga iOS.

Permainannya agak mencabar.

Ada gaya-gaya macam bermain Fruit Ninja. Cuma bezanya anda tidak perlu memotong buah (dengan ertikata lain – memotong bulu tangkis) Tetapi anda perlu serve dan smash bulu tangkis tadi melepasi jaring.
bomb axiata cup
Dari satu bulu tangkis, kepada 2-3 serentak perlu anda uruskan asalkan ianya tidak jatuh ke tanah.

Jangan lupa juga kewujudan bom yang akan meletup sekiranya anda tersentuhnya.

Ianya bukan sekadar aplikasi permainan semata-mata.

Anda boleh menerima berita terkini mengenai kejohanan badminton Axiata Cup 2013, keputusan terkini Axiata Cup 2013, profil pemain badminton yang menyertai Axiata Cup dari seluruh dunia, dan menonton live sreaming Axiata Cup 2013 ini pada telefon pintar anda.

Bro baru sampai level 6. Jom kongsikan mata anda bersama. Anda boleh memuat turun ke telefon pintar anda sekarang.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Aplikasi Axiata Cup – Bermain Badminton Pada Telefon Pintar

  1. ‘hantu game gajet’ memang suka aplikasi mcm nih…selamat berjuang Bro..kalau sebelum ada baby, sempat lg lah kot bergame2 nih…

Leave a Reply

Top