March 28, 2024

Tip Rumah Tangga – Pemilihan Peti Sejuk

Suami Isteri Peti Sejuk Mitsubishi

Pemilihan peti sejuk bagi pasangan yang berkeluarga dan tinggal serumah.

Terutama bagi mereka yang menganggap bahawa peti sejuk merupakan keperluan dalam rumah mereka.

Kenapa pemilihan peti sejuk ini penting?

Ada beberapa faktor yang perlu anda fikir sekiranya ingin membeli peti sejuk.

  1. Bajet anda (dapat cari kedai bayar ansuran pun ok)
  2. Saiz peti sejuk (takut tiada ruang nak letak peti sejuk “besar” dalam rumah korang)
  3. Jenama (jangan amik cap ayam jika boleh tahan 2-3 tahun)
  4. Warranty (Takut jangka hayat peti sejuk anda pendek sangat)
  5. Kadar penggunaanya (ada yang guna peti sejukterlalu kerap sampaikan peti sejuknya penuh tiada ruang)
  6. Jimat Elektrik
  7. Boleh memastikan kesegaran daging atau sayur (ada peti sejuk yang sayurnya tak segar bila sudah berhari dalam peti sejuk)
  8. Kapasiti (adakah anda banyak gunakan ruangan penyejuk, ruangan sayur-sayuran atau ruangan meletak minuman dan makanan)
  9. Memberi kepuasan kepada kedua pihak (suami & isteri)

Buat masa sekarang,

Peti sejuk di rumah bro, adalah pilihan isteri dan beliau juga yang membelinya. Tetapi dikuasai sepenuhnya oleh Bro (pada ruangan meletak minuman dan ruangan penyejuk pula dikuasai oleh beliau.

Tetapi kalau cakap pasal peti sejuk di kampung.

100% dikuasi oleh adik bro. Asal ada je minuman atau makanan dalam peti sejuk itu, secara automatik akan jadi milik dia.

Peti ais diatas merupakan Mitsubishi L4Grande yang berharga RM5499 (Ada yang berminat x?)

Bicara Bro : Bermula hari ini, bro akan mula mengongsikan beberapa tip bila sudah berumah tangga terutama kepada mereka yang ingin berumah tangga atau nak berumah lagi (buka cawangan kot).

Sebab ramai yang bertanya kenapa Bro jarang tulis pasal rumah tangga bro.

Jawapan Bro : Rumah Tangga bro bukan untuk dikongsi. Lainlah kalau korang sudi bayar sewa  dekat rumah Bro.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Tip Rumah Tangga – Pemilihan Peti Sejuk

  1. Kadar penggunaan tu bro , mcm ada yang tk kena je ..

    biasa peti sejuk ni tak pernah off , dari zaman mak saya dulu2 lagi , memang letak barang smpai penuh selagi muat .. dan yang biasa juga saya nampak peti sejuk murah pun jarang nak rosak .. kecuali gas habis je la ..

  2. gua cari murah-murah aje. tak sampai seribu. sampai hari ini berkhidmat dengan rajin dan tak pernah meragam. Janji pandai jaga. Beli yang besar-besar pun, bukannya gua guna sepenuhnya pun. hoho..

Leave a Reply to anif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *