You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Tayangan Perdana Oh My English! Musim Ke-2 Di Sunway Pyramid

17,449,412 total views, 1,881 views today

Tayangan Perdana Oh My English! Musim Ke-2 Di Sunway Pyramid

Oh My English! Musim Ke-2
Oh My English! (OME!) kini kembali untuk musim kedua.

Ianya ditayangkan setiap hari Ahad jam 7.30 malam, bermula daripada 31 Mac di Astro TVIQ (saluran 610) dan untuk definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD (saluran 134).

Untuk menyemarakkan lagi sambutan bagi Oh My English! musim ini.

Tayangan Perdana Oh My English!

Program ganjaran kesetiaan Astro, Astro Circle telah menjemput para pelanggan Astro ke tayangan perdana Oh My English! Musim Ke-2 bersama dengan barisan pelakon Oh My English! bertempat di TGV Sunway Pyramid.

Pada majlis tayangan perdana ini terdapat beberapa akviti menarik diadakan bagi meraikan penonton Astro dan peminat Oh My English!

Untuk musim ke-2, ia menjanjikan keseronokan dan pembelajaran berganda kepada para penonton dengan menampilkan para pelakon yang baru, jalan cerita yang menarik dan pastinya lebih ilmu pengetahuan dan kosa kata dalam menguasai Bahasa Inggeris.

Oh My English! Bersama Peminat

Oh My English! dilancarkan buat kali pertama pada Mei 2012 dan telah mencatatkan jumlah penonton televisyen seramai lebih daripada 3.6 juta, lebih 8.4 juta menontonnya di YouTube dan terdapat 430,000 peminat di Facebook.

Oh My English! Musim Ke-2 yang menampilkan 20 episod serba baru ini akan meneruskan formulanya menggabungkan lawak jenaka dan pendidikan untuk membantu para penonton menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris.

Masih menampilkan karakter-karakter kegemaran anda daripada kelas 3 Merah seperti Jibam (Akhmal Nazrin), See Yew Soon (Roax Tan), Shafiq (Aedy Ashraf), Azlin (Izara Aishah), Mazlee (Md Zhafir Muzani bin Mohamad), Anusha (Kaameshaa d/o Ravindran) dan Farouk (Amer Sharrif bin Rashid).

Zain Zaidin Oh My English!

Tidak dilupakan guru-guru yang mendidik mereka di dalam rancangan ini seperti Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Pn Hajar (Adibah Noor), Encik Salleh (Harun Salim Bachik) serta juga Mr. Os yang memegang watak sebagai tukang kebun sekolah, Pak Sham.

Oh My English! Musim Ke-2 kali ini turut menampilkan karakter-karakter baru yang akan didukung oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air.

Aaron Aziz Oh My English!Aaron Aziz menyertai sesi pengajian Oh My English! kali ini sebagai Cikgu Malik iaitu seorang guru Pendidikan Jasmani yang juga merupakan jurulatih pasukan bola sepak sekolah tersebut.

Tiz Zaqyah juga akan turut membantu sebagai Cikgu Ayu, seorang guru Bahasa Melayu yang baru di sekolah itu.

Dua pelakon muda yang berbakat besar akan turut terlibat sebagai pelajar baru. Syafie Naswip, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM25, akan memegang watak sebagai seorang pelajar nakal bernama Azlan manakala pelakon yang semakin meningkat naik, Iezahdiyana sebagai seorang pelajar baru yang ceria bernama Hani.

Penambahan karakter-karakter baru ini seperti Cikgu Malik, Cikgu Ayu, Hani dan Azlan bakal menjadikan Oh My English! musim ini bertambah segar dan pastinya menjanjikan jalan cerita yang menarik dan penuh kejutan.

Bakal ada penampilan istimewa dari beberapa selebriti popular tanah air seperti Lisa Surihani dan Rozita Che Wan akan membuat penampilan sekali lagi dalam rancangan ini atas permintaan ramai.

Dalam musim kedua ini, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nur Fazura, Rykal, Joe Chang, Gabriella Robinson, Yus Jambu (Raja Lawak) dan penyampai radio hitz.fm iaitu Jin dan Ryan akan turut memeriahkan lagi sesi pembelajaran Oh My English!

Barisan Pelakon Oh My English!

Dengan barisan pelakon yang mantap dan jalan cerita yang padat dengan jenaka, Oh My English! Musim Ke-2 pastinya menghiburkan para penonton. Namun, di sebalik hiburan yang diberikan, unsur ilmiah yang diketengahkan masih menjadi fokus utama.

Astro sekali lagi bergandingan bersama pakar Bahasa Inggeris global iaitu British Council dalam menghasilkan pengisian berunsur ilmiah dan juga elemen animasi dalam kapsul pembelajaran yang lebih
baik untuk diterapkan di dalam Oh My English!.

Para penonton boleh menambah baik kemahiran dalam Bahasa Inggeris melalui kapsul ini yang merangkumi kosa kata, tatabahasa, pertuturan, peribahasa dan pelbagai lagi.

Bro Framestone Oh My English!

Kepada para peminat yang ingin mempelajari ilmu Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam, sila layari laman sesawang Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my yang padat dengan bahan-bahan ilmiah, permainan dan aktiviti yang menarik.

Selain itu, bagi sesiapa yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti pembelajaran Bahasa Inggeris terbesar di negara ini boleh menyertai www.facebook.com/ohmyenglish atau www.twitter.com/oh_my_english.

Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Tayangan Perdana Oh My English! Musim Ke-2 Di Sunway Pyramid

  1. wah!! bestnya dapat jumpa pelakon OME!!! jeles… T_T.. emm, nape la OME ni pukul 7.30 malam… biasanya tengok yang ulangan je…

    btw bro, terima kasih sbb tegur deno tentang link deno… deno dah tukar ke blogspot link deno di website kat atas… dah boleh ke blog dayangdeno :)terima kasih bro!^_^

Leave a Reply

Top