March 29, 2024

Nick D’Aloisio Remaja Jutawan 17 Tahun

Nick D’Aloisio

Nick D’Aloisio, seorang pelajar sekolah yang berusia 17 tahun.

Dia telah menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Penjualan aplikasi ini bakal menjadikan D’Aloisio salah seorang jutawan termuda di dunia.

Aplikasi ini telah dicipta pada November 2012.

D’Aloisio mula mencipta aplikasi Summly ketika berusia 15 tahun, di rumahnya di sini dimana pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.

Beliau sendiri tidak menyedari bahawa hobinya boleh menghasilkan wang.

D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.

Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.

Dia juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Bicara Bro : Mudahnya remaja sekarang menjadi jutawan dengan menjual idea kreativiti mereka.

Tetapi kenapa remaja Malaysia tidak ramai yang mampu pergi jauh?

Apa yang Bro perasan, idea kreativiti mereka seperti dimanupulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka sendiri.

Setakat dapat dana RM50K (contoh harga) untuk dibangunkan dengan ianya diistiharkan sebagai hak milik mereka dan bukan hak milik si pembangun.

Diterapkan lagi dengan element-element “kepentingan peribadi” menyebabkan ianya tidak mampu dijual ke peringkat antarabangsa.

Maka jadilah aplikasi syok sendiri.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Nick D’Aloisio Remaja Jutawan 17 Tahun

    1. Yup memang kena daftar. Tapi probnya kita tak boleh nak istihar benda itu harta intelek sebab penaja dana dah control benda itu dalam contract mereka dulu.

  1. broframestone dilahirkan untuk jadi kejam ngn aku,, uwaaaaaaaa!!! ti dah putih balik nak upload banyak2.. bia lagi putih daripada bro,, wekk!!!

  2. skang ni zaman mobile..so apps untuk mobile memang tgh hot stuff skang ni..kalau dulu sape penah dengar..ada gak bebudak umur cam die ni wat steady income dari site cam Glitter Text untuk Myspace n Friendster..memang lebat income budak tu..around USD14K cenggitu je

    so kalau budak ni jual apps tu,tak heran la..Malaysian pun boleh buat, tapi untuk dijual di Malaysia..harganya akan jadi tak reasonable..sebab yang buatnya adalah budak…aka katanya takde degree dan kelulusan..

    tapi di ‘sana’ tu depa tak kesah..asal boleh buat apps yang tak terjangkau oleh pemikiran org dewasa…mereka amat mementingkan Copyright Infringement..macam kita…APA AKU KESAH!!..kan…..:D

  3. assalmualaikum bro…yer betul tu di Malaysia mmg susah utk cari remaja yg berjaya dan boleh menjual serta mendapat income mcm tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *