You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Mati Pucuk Jika Isteri Bergaji Lebih

17,431,774 total views, 5,618 views today

Mati Pucuk Jika Isteri Bergaji Lebih

wanita berkerjaya suami mati pucuk

Tertarik dengan satu laporan penyelidikan yang disiarkan di kosmo hari ini.

Dimana lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil ubat perangsang seks kerana kurang bertenaga di bilik tidur

Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji membabitkan data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan, pil dan ubat bagi mengatasi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Kesannya juga dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami.

Kajian yang dijalankan oleh seorang profesor di Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS), Lamar Pierce mendapati, perbezaan gaji antara suami dan isteri tidaklah terlalu ketara dan dilaporkan lelaki yang mempunyai isteri bergaji tinggi cenderung mengambil ubat perangsang seks sebanyak 10 peratus.

Wanita beri nafkah

Menurut Pierce,

Peningkatan wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial. Keadaan itu boleh menyebabkan lelaki sukar terangsang atau (alat kelamin) tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk.

Kajian ini turut dijalankan oleh profesor pemasaran di Universiti Minnesota Carlson School of Management, Kathleen Vohs.

Beliau mendapati, terdapat dua penjelasan yang mungkin mengancam lelaki untuk menjadi lebih baik daripada isteri mereka dan ancaman yang dibawa sepanjang jalan ke bilik tidur.

Ini menjelaskan kenapa si suami mungkin menggunakan ubat perangsang seks sebagai satu cara untuk menjamin bahawa dia tidak tertekan ketika di bilik tidur.

Bicara Bro : Mungkin ini faktor kenapa kebanyakan lelaki cuba mengelak untuk menjalinkan hubungan dengan wanita berkerjaya dan berpendapatan tinggi.

Bro juga salah seorang dari golongan ini. Biasalah, pendapatan sebulan pun tak menentukan.

Tetapi, bagaimana pula dengan kes laki orang yang cuba menjalinkan hubungan dengan wanita berkerjaya dan berpendapatan tinggi?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Mati Pucuk Jika Isteri Bergaji Lebih

  1. kadang ada lelaki yg suka wanita berpendatan tinggi. tapi kalau berpendapatan tinggi n kedekut. susah juga. apa yang penting toleransi antara pasangan. tak kisahla siapa pendapatan tinggi dan rendah.

    1. Sebenarnya xde masalah pada jumlah pendapatan.Lelaki ini ego dia xboleh jatuh, kalau jatuh mula la murung etc.

      Sebab itu kot, bro xpernah mention berapa pendapatan bro pada wife

  2. bro tengah stress ke sekarang ni? heeee
    anggaplah ini rezeki dari Allah S.W.T, pendapatan datang dari Allah, jodoh datang dari Allah.. Allah dah rancang yang terbaik untuk nya..
    ni pun kajian orang putih kan.. tak betul mereka ni. heeeee

  3. Mati pujuk? Ermm, camna pokok nak hidup kalau pucuk dah mati..keh3.

    Mungkin self esteem kurang kot bila isteri gaji lagi mahal, faktor tu jugak mungkin menyebabkan ‘benda tu’ segan nak naik. Mungkin la

  4. mungkin kajian tu bukan keatas melayu kot..kalau melayu, ramai je yang tak mati pucuk bila kawin dengan perempuan yang pangkatnya lebih tinggi..siap tambah 2-3 branch lagi..hehe

  5. assalamualaikum bro…susah juga kalau mcm ni nanti ramai pula wanita2 yg bergaji beso x laku sbb lelaki takut mati pucuk pulak nanti…:)

Leave a Reply

Top