April 25, 2024

Lebih 30% Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi

32.7 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kini menghidap penyakit darah tinggi.

Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ia dikesan melalui kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing yang dilakukan pada tahun lepas.

Untuk pengetahuan anda,

Kandungan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melaksanakan langkah pengurangan garam dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan menyasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg atau kurang.

Pengambilan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan kejadian penyakit darah tinggi.

Nampak gaya, Bro perlu mengawal pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan.

Dalam masa yang sama kena amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan (ini yang paling malas nie) dan pupuk minda sihat melalui penanganan stres, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Lebih 30% Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *