Waktu sekolah dulu,

Bila cikgu tanya, “cita-ciata anda bila besar nanti nak apa?”

Ada yang menjawab nak jadi polos, bomba (jawapan sarkastik budak-budak) Ada yang nak jadi doktor, peguam, cikgu (jawapan bajet gempak).

Ada juga Bro terdengar yang cakap nak jadi Mahathir.

Oh ok, Mahathir itu apa ek? (masa ini kecik lagi, bukan tahu apa-apa).

Rupanya Mahathir itu nama Perdana Menteri Malaysia waktu itu.

OK itu cerita waktu kecik-kecik dulu. La nie dah besar, tunggu anak nak keluar jadi apa je nie. (Harap jadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Tak lupa pada mak bapak dia)

Persoalannya,

Kenapa aku tak nak jadi Perdana Menteri?

Mesti korang nak tahu kan kenapa aku tak nak jadi Perdana Menteri. Bila aku jadi Perdana Menteri situasi macam ini mesti terjadi.

“Wei ..hang takkan takda apa apa projek untuk adik beradik kot ? Makan sorang nampak !! ..”

Dan kawan kawan mula whatsapp, sms, WeChat….

” Dato Seri.. Kasi tender cuci longkang pon ok laaa ..”.

Apa aku nak jawab ?? No kroni kroni ??

Barulah kawan-kawan bukak kisah zaman dulu haaa.. Semua kisah dan cerita dia selak.. Silap hari bulan ada yang tervideo akan terdedah.

Cara terbaik, baik aku jadi pengundi jer..

Kredit : Ben Ashaari