You are here
Home > 1001 Pictures > Foto Pilihan > Kenali Blogger – Deq Noor

17,438,789 total views, 2,644 views today

Kenali Blogger – Deq Noor

deqnoorDeq Noor,

Salah seorang rakan blogger yang aktif dengan aktiviti blogger bersama Bro.

Bro dulu kenal di laman facebook dan baru tahu selama ini dia rupanya yang rajin komen di blog bro (Waktu itu, dia gunakan nama sebenarnya di facebook – sebab itu tak cam)

Dia selalu juga chat dengan bro bertanyakan tentang blog.

Waktu ini mati-mati ingatkan dia masih lagi budak kolej. So layan tak layan je la (ops bocor rahsia)

Sehinggakan pada satu event itu bertembung dengan dia dalam satu event dan dia duduk disebelah.

Waktu itu baru tahu selama ini dia la Deq Noor. Sedangkan waktu sembang Bro mati-mati ingat kenalan waktu sekolah dulu.

(Dia tegur Bro, Bro pula buat-buat macam kenal, sebab bro ada masalah memory sikit – Alamak kantoi lagi)

Tapi waktu itu masih bajet dia budak kolej dan tengah praktikal (sebab dia cakap, dia lewat sebab baru habis kerja).

Tetapi dari bulan ke bulan baru bro tahu siapa dia yang sebenarnya.

Dan paling tak sangka, rupanya dia ini sepupu kepada junior bro dekat U dulu dan duduk setaman dengan bro. Kecilnya dunia, sekecil orangnya.

Ok itu je la bro nak cerita. Tak berani nak cerita pepanjang.

Ada masa korang terjahlah blog Deq Noor.

Bicara Bro : Pada Bro, dia ini seorang gadis berhati cekal dan tabah orangnya.

Kalau tengok pada tanggungjawab dan workload dia, memang banyak yang Bro respek dia. Tertiba teringat Bro yang dulu (zaman memuda dulu).

Nampak penampilan profesional dia sewaktu handle Blogger Coffee Talk 2.0 baru-baru ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

29 thoughts on “Kenali Blogger – Deq Noor

  1. haha..memang betul Bro.

    hari tu memang gua minta supaya dia jadi secretary untuk Coffee Talk 2.0

    memang bagus kan.

    bila dah kenal dan baca blog Dn serta jumpa. Memang makin respek dan hormat pada DN yang cekal dan tabah.

    p/s: apa yang gua cakap masa MSMW 2013 still masih tak berubah. tapi cabaran memang besar nampaknya.

    1. Dia secretary dah macam penganjur je gayanya…

      Banyak yang bro respek pasal DN… Jika bandingkan dia dengan bro, nampak jauh sangat.

      Oh, yang mu cakap itu la kan. Seperti yang bro cakap. Cabaran memang mencabar. Kalau boleh biar kena dengan caranya.

Leave a Reply

Top