You are here
Home > Vlog > Harlem Shake – Bad Mention (Badminton)

17,426,717 total views, 561 views today

Harlem Shake – Bad Mention (Badminton)


Harlem Shake – Bad Mention (Badminton)

Video ini dibuat sempena menyahut cabaran kempen “Up Your Game” Axiata Cup 2013.

Bagaimanapun video ini bukan dalam perancangan asal untuk menyertai kempen ini. Cuma ianya idea sengal bersama rakan-rakan disebalik fenomena Harlem Shake yang sedang diperkatakan oleh seluruh dunia.

Bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.

Beberapa video kami buat,

Berpeluh juga kami sewaktu menghasilkan video. Ini kerana tenaga banyak dihabiskan dengan bermain badminton berbanding fokus pada apa yang ingin kami rakam.

Sehinggakan kami rasa nak try buat video parody Harlem Shake. Maka video diatas berjaya dihasilkan.

Kredit Yana Yassin, videographer Rabiatul Adawiyah & husband, Iera Kan dan Anis Sempoi. Maaf, tak ramai rakan yang dapat datang untuk jadi penyeri video ini. Mungkin next time ek..!!!

Anda juga boleh hantarkan video kreatif anda untuk kempen “Up Your Game” Axiata Cup 2013 di www.axiatacup.tv

Berbaloi untuk anda sertai – Hadiah tunai RM5000, RM3000 dan RM1500 menanti anda. Semua pemenang juga dapat VIP trip ke semi-finals dan finals acara Axiata Cup di Kuala Lumpur pada 13 & 14 April 2013.

Untuk mereka yang dari Indonesia, ia juga termasuk tiket penerbangan ‘return’ untuk 2 orang serta hadiah dari Axiata dan sponsor Axiata Cup 2013.

Video yang terbaik akan dipilih dan peminat boleh mengundi untuk video yang paling disukai. Video dengan paling banyak markah akan dipilih sebagai pemenang pada 9 April 2013. Peraduan ini terbuka dari 18 February dengan tarikh penutup pada 25 Mac 2013.

Bicara Bro : Sewaktu video ini dihasilkan, ada beberapa polis bermotorsikal datang menghampiri kami…

Apa yang terjadi? Biar kami sahaja yang tahu….

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

39 thoughts on “Harlem Shake – Bad Mention (Badminton)

  1. Actually saya belum pernah tonton lagi video Harlem Shake ni. Sama macam ketika video Gangnam Style tiba2 popular Julai tahun lalu. Saya tak ambil kisah masa tu. Hehehe.

  2. amboiiiiii…berharlem shake pulakkk hehe tp harlem shake tu x femes sgt mcm oppa gang nam style sbb bdk2 kt skolah sy blom tgk lg dorg main nari2 camtu..x mcm oppa hehe

Leave a Reply

Top