March 29, 2024

Episod Akhir – Surat Dari Langit Biru

Surat dari Langit Biru

Episod akhir drama Surat Dari Langit Biru.

Seperti yang diagakkan, memang endingnya sesuatu yang menyedihkan. Zarul akhirnya meninggal dunia akibat barah otak sebelum sempat untuk menemui kedua ibubapanya.

Bapanya pula merasa menyesal kerana selama ini tidak menerimanya pulang menjejak kaki kerumahnya.

Surat Dari Langit BiruBagaimanapun semuanya sudah terlewat. Majlis kenduri yang sepatutnya diadakan untuk meraikan kepulangan Zarul bertukar menjadi kenduri arwah.

Salmi, kakak kepada Zarul pengsan bila mengetahui tentang pemergian Zarul. Dalam masa yang sama Salmi disyaki mengandung 2 bulan.

Pada sebelah malamnya, Salmi membaca satu persatu surat yang dituliskan oleh Zarul di depan seluruh ahli keluarganya. Kesemua surat tersebut ditulis oleh Zarul tetapi tidak pernah dipos kepada Salmi sejak dari dulu lagi.

Rupanya sudah lama Zarul menghidapi barah otak, cuma dia tak nak buat orang lain risau dan dia tidak mampu membiayai kos perubatannya. Mungkin ketulan barah yang dia miliki hasil dipukul oleh ayahnya sewaktu kecil.

Dalam masa yang sama Zarul sebenarnya ada hati dengan akaknya, Salmi. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia ada perasaan begitu. Rupa-rupanya dia sebenarnya anak angkat yang tidak diterima oleh ayahnya.

Akibat pemergian Zarul, Salmi merasakan anak yang dikandungkannya merupakan penganti yang tuhan telah berikan kepadanya. Maka dia menamakan anak tersebut dengan nama Zarul.

Seronok juga menonton drama ini dengan isteri,

Sewaktu menonton episod akhir “Surat Dari Langit Biru” wife bertanya.

Cepatnya dorang nak kebumikan, liang lahat dah gali ke?

So Bro jawap secara spontan “tak nampak ke Tok Adi (Nasir Bilal Khan) ada dekat situ, sebab itu cepat je dorang nak kebumikan”

* Siapa yang menonton drama Tanah Kubur je faham

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Episod Akhir – Surat Dari Langit Biru

  1. tanya cg bio tadi pembekuan darah boleh jadikan barah ke . tapi tak punn . aiseh fail part nie je . paling2 pun stroke . tapi cerita ni memang best . touched la jugak *tengok episod last je

  2. Haha tok adi pun boleh.
    Tapi tak puas hatilah sbb ending dia predictable.
    Zarul meninggal, bapak dia menyesal, sedihh.
    Ce buat yang meninggal tu orang lain ke kan.
    Barulah suspen nk tengok.
    Muahaha, kena tunggu pulak jadi director lah camtu kan?
    Haha aduyai.

Leave a Reply to hafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *