17,161,691 total views, 2,257 views today

Episod Akhir – Surat Dari Langit Biru

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Surat dari Langit Biru

Episod akhir drama Surat Dari Langit Biru.

Seperti yang diagakkan, memang endingnya sesuatu yang menyedihkan. Zarul akhirnya meninggal dunia akibat barah otak sebelum sempat untuk menemui kedua ibubapanya.

Bapanya pula merasa menyesal kerana selama ini tidak menerimanya pulang menjejak kaki kerumahnya.

Bagaimanapun semuanya sudah terlewat. Majlis kenduri yang sepatutnya diadakan untuk meraikan kepulangan Zarul bertukar menjadi kenduri arwah.

Salmi, kakak kepada Zarul pengsan bila mengetahui tentang pemergian Zarul. Dalam masa yang sama Salmi disyaki mengandung 2 bulan.

Pada sebelah malamnya, Salmi membaca satu persatu surat yang dituliskan oleh Zarul di depan seluruh ahli keluarganya. Kesemua surat tersebut ditulis oleh Zarul tetapi tidak pernah dipos kepada Salmi sejak dari dulu lagi.

Rupanya sudah lama Zarul menghidapi barah otak, cuma dia tak nak buat orang lain risau dan dia tidak mampu membiayai kos perubatannya. Mungkin ketulan barah yang dia miliki hasil dipukul oleh ayahnya sewaktu kecil.

Dalam masa yang sama Zarul sebenarnya ada hati dengan akaknya, Salmi. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia ada perasaan begitu. Rupa-rupanya dia sebenarnya anak angkat yang tidak diterima oleh ayahnya.

Akibat pemergian Zarul, Salmi merasakan anak yang dikandungkannya merupakan penganti yang tuhan telah berikan kepadanya. Maka dia menamakan anak tersebut dengan nama Zarul.

Seronok juga menonton drama ini dengan isteri,

Sewaktu menonton episod akhir “Surat Dari Langit Biru” wife bertanya.

Cepatnya dorang nak kebumikan, liang lahat dah gali ke?

So Bro jawap secara spontan “tak nampak ke Tok Adi (Nasir Bilal Khan) ada dekat situ, sebab itu cepat je dorang nak kebumikan”

* Siapa yang menonton drama Tanah Kubur je faham

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 thoughts on “Episod Akhir – Surat Dari Langit Biru

  1. Hahahhahahhaha….
    Tak pasal Tok Ali terjoin sama dalam cerita ni…

    1. He..23x mana la tahu kan… Cepat je urusan jenazahnya

  2. memang sedih ending dia kan..

    1. Itu la pasal…

      Tapi bro masih xpuas hati dengan watak Fizo tue… Cer masa ending dia ada sama dan orang kampung pulau dan belasah dia

  3. ala..tak tengok cte ni, kena cari kat tonton la ek hehehe.

    1. Ramai yang tonton dekat tonton je

  4. Seronok cerita ni… Tak sangka betul Zarul akhirnya meninggal dunia… bagaimana dengan suami Salmi.. Kena tangkap polis ker?

    1. Suami Salmi last week dah kena tangkap la…

  5. aamy

    tanya cg bio tadi pembekuan darah boleh jadikan barah ke . tapi tak punn . aiseh fail part nie je . paling2 pun stroke . tapi cerita ni memang best . touched la jugak *tengok episod last je

    1. Yang itu kena tanya Dr Salmi.. akak Zarul he..23x

    2. aamy

      keh3 tak dan nak tanya .

  6. Memang sedih, tapi ngadap tenet nyer pasal jadi hilang focus. Muhahaha,.

    1. Untung la ada tenet he..23x

  7. cocok untuk teenager nih bro kalau untuk saya rasanya telah lewat masa

    1. He..23x cerita yang hangat di Malaysia sekarang nie.

  8. jay

    ini cerita samarinda ke atau astro oasis???haha.. dgn2 tok adi sekali muncul..haha

    1. Tok adi if ada dekat mana-mana pun lebih kurang sama je watak lakonan dia.

  9. tak follow cerita ni…
    malam malam kurang nonton tv…

  10. Haha tok adi pun boleh.
    Tapi tak puas hatilah sbb ending dia predictable.
    Zarul meninggal, bapak dia menyesal, sedihh.
    Ce buat yang meninggal tu orang lain ke kan.
    Barulah suspen nk tengok.
    Muahaha, kena tunggu pulak jadi director lah camtu kan?
    Haha aduyai.

  11. Tok Adi pun berlakon cerita Surat Dari Langit Biru ni jugak ke?

  12. dah jangka dah.. mesti ending dia bukan happy endingnya. sob..sob.. lagi-lagi part yana baca surat tue.

  13. sedih tengok ending cerita ni…

  14. maszull

    assalamualaikum bro…ending yg menyedihkan…:(

Leave a Comment