McLaren P1 launch

Kereta sport berkuasa tinggi keluaran McLaren, iaitu P1 telah diperkenalkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva.

Kereta ini mampu memacu daripada kelajuan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/jam)  dalam masa kurang tiga saat. Ianya mampu mencecah kelajuan maksimum 349km/jam.

Dibekalkan dengan enjin pengecas turbo berkembar V8 berkapasiti 3.8 liter yang mampu menjana 757hp manakala sebuah motor elektrik membekalkan kuasa tambahan sebanyak 176hp.

Kuasa tambahan itu dijana dengan menekan butang pada stereng kereta tersebut seperti Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) yang terdapat pada kereta lumba Formula 1 (F1).

Sebuah kereta sport ini berharga sekitar AS$1.15 juta (RM3.57 juta).

Bagaimanapun hanya 375 buah kereta model ini sahaja dikeluarkan di seluruh dunia.

Ada sesiapa bercadang untuk memilikinya?