You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Cerita Kita – Soal Hati Yang Sukar Diluahkan

17,430,035 total views, 3,879 views today

Cerita Kita – Soal Hati Yang Sukar Diluahkan

Cerita Kita - Pekin Yana

Cerita Kita

Filem ke-10 arahan Pierre Andre. Masih lagi mengekalkan genre Romantik yang dijayakan oleh lakonan mantap Yana Samsudin, Fezrul Khan dan juga Pekin Ibrahim.

Mengetengahkan kisah cinta tiga segi, biarpun ia boleh dikategorikan sebagai sebuah filem ringan dengan beberapa babak memikat yang agak klise.

Secara keseluruhannya, bagi anda yang sedang bercinta, atau dalam dilema untuk memilih pasangan, amatlah sesuai untuk menonton filem ini.

Sinopsis Filem Cerita Kita

Ianya mengisahkan kehidupan Kamal (Pekin) yang dulunya pencuci kereta, kini berubah atas nasihat Ika (Yana Samsudin), gadis yang dicintai Kamal dalam diam sepanjang perkenalan mereka selama 3 tahun.

Cerita Kita - Yana Pekin

Kerana terlalu sayangkan Ika, Kamal mengambil keputusan yang mungkin membahayakan nyawanya demi menggembirakan Ika dan tekad untuk mengubah hidupnya. Dia meminjam wang daripada ceti haram untuk membuka sebuah kedai burger tanpa pengetahuan Ika.

Ika yang pada awalnya berasa selesa dengan Kamal, mula melupakan Kamal setelah pertemuan pertamanya dengan jejaka kaya bernama Malik.

Cerita Kita - Fezrul Khan Pekin Ibrahim

Malik yang merupakan kawan kepada Kamal, turut mempunyai perasaan terhadap Ika sejak pertama kali mereka bertemu di satu kemalangan ringan. Ika mula tertarik dengan jejaka kaya itu dan mula melupakan Kamal.

Kerana pernah mendengar pengakuan dari Malik dia sudah mempunyai seorang anak, Kamal cuba menasihatkan Ika untuk menjauhi Malik.

Kamal terusan menasihati sehingga Ika berasa keliru dengan perasaannya. Jadi adakah Ika akan tetap memilih Malik? Atau sejauh manakah benar kenyataan Kamal? semuanya akan terjawab dalam filem Cerita Kita.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Cerita Kita – Soal Hati Yang Sukar Diluahkan

Leave a Reply

Top