March 29, 2024

Blogger Coffee Talk – Tournament Bowling Berjaya Times Square

Blogger Professional Bowler

Alhamdulillah,

Kali ini Bro berkesempatan untuk menyertai Blogger Coffee Talk (bertemakan Bowling) sebagai peserta tersisih (akibat datang lambat) oleh pihak penganjur.

Bertempat di Ampang Bowl, Berjaya Times Square bermula dengan 8 orang pemain kemudian bertambah kepada 15 orang dan akhir sekali menjadi 17 pemain.

blogger bowlingSatu persatu menunjukan kepakaran melempar bowling ke dalam longkang dan juga kepakaran melontar bowling seperti menontar peluru.

Dan ianya bukan satu aktiviti yang tidak menyihatkan bahkan melatih semua blogger yang hadir untuk exercise mulut (pokpek pokpek) dan mata (bagi yang mencuci mata).

Nampak ramai yang bergambar sana sini.

Malangnya tak ramai yang nak upload gambar, dah la muka Bro tak banyak.

Tak apa,

Bro sedar bahawa diri Bro bukannya star mahupun pemain bowling yang hebat.

Walaupun ada beberapa kali balingan sipi-sipi nak straight, tetapi berjaya dicover dengan meninggalkan balance seketul dua yang belum tentu dapat bro jatuhkan untuk balingan kedua nanti.

Insya’lah akan ada lagi Blogger Coffee Talk. Bila? Dimana? Bagaimana? semuanya akan terjawab nanti.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Blogger Coffee Talk – Tournament Bowling Berjaya Times Square

    1. Yup, blogger event.. Bro pun bukan reti main…

      Wah untunglah ada gak menang… Bro kalau ikut ranking masa event nie.. masih lagi dalam top 10 kot he..23x top 5 pun xlepas :)

  1. Wah bestnya kalau dapat main bowling bersama rakan-rakan blogger…. Tak ada rezeki nak join pada kali ini… Tunggu event akan datang… ;)

Leave a Reply to Alyza Fisol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *