April 19, 2024

Blogger Berkelah Di Taman Tasik Titiwangsa

Makan-Makan Taman Tasik TitiwangsaAktiviti hujung minggu diisikan dengan agenda berkelah di Taman Tasik Titiwangsa.

Plan yang sepatutnya bermula pukul 3 petang terpaksa Bro hadiri agak lewat (memang lewat gila) atas sebab yang tidak dapat Bro elakkan.

Selepas urusan dengan kontraktor selesai, Bro dan wife terus bergegas ke sana.

Tak sangka, besar juga Taman Tasik Titiwangsa. Terpaksa mencari parking yang agak jauh,

Kemudian terpaksa mencari landmark seperti yang dinyatakan oleh penganjur – Mak Cik Yana Yassin yang sedia terpacak disana pada pukul 2 petang.

Awal gila dia sampai. Nie rasa bersalah sangat dengan dia nie he..23x

Aktiviti ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama blogger pada hujung minggu dengan aktiviti riadah (kami pilih badminton) dan berkelah (makanan potluck – Tajaan Sdn Bhd)

Walaupun ada juga suara-suara sengau di facebook yang mengatakan aktiviti Badminton kami ke laut. Ianya sedikit pun tidak mempengaruhi jiwa blogger macam kami.

aktiviti badminton dengan iPadBadminton tetap juga dimain.

Tiba-tiba terasa seluar longgar la pulak, tak sangka.. main badminton (walaupun hanya berdiri setempat) pun boleh keluarkan peluh dengan banyak.

Bayangkan kalau main badminton sambil bergerak macam Lee Chong Wei? Mahu kena mop lantai selalu kan.

Apa-apa pun memang best dapat luangkan masa bersama korang semua.

Maaf jika ada kekurangan tenaga atau terlebih tenaga sewaktu bermain badminton.

Maafkan juga jika Bro berperangai agak keanak-anakkan sewaktu dengan korang.

Tertiba, abang polis lalu sebelah………… hahahahaha

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

42 thoughts on “Blogger Berkelah Di Taman Tasik Titiwangsa

    1. Sebab dekat rumah, kalau panas boleh pasang kipas kuat-kuat atau aircond… siap buka baju pun boleh.

      dekat taman tak kan nak buka baju kan he..23x

  1. semalam ulang alik cheras/puchong/cheras/puchong/cheras/mydin usj/puchong/cheras/shah alam. packed sungguh jadual saya tak dapak nak join kalian

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *