March 29, 2024

Ayam Penyet Bersama Kawan Yang Kita Suka

Ayam Penyek ECurve

Perancangan last minit.

Dari plan nak perkena nasi ayam yang dicadangkan oleh Cik Nurul Siezuka buat mereka yang mengidam nasi ayam.

Sehingga bertukar menjadi aktiviti perkena Ayam Penyet di D’Curve. Semuanya tidak dirancangkan tetapi mampu menarik beberapa blogger dikawasan berdekatan untuk hadir sama.

Agendanya?

Makan ayam penyet je sambil berbual kosong dan tiada kaitan dengan blog.

Kami teringin nak berkumpul sebagai orang biasa-biasa dan sembang mengenai isu biasa yang tiada kaitan dengan blog.

Bosan kalau dok sembang pasal blog je. Takut orang labelkan blogger ini tak normal, sebab asik sembang pasal blog je bila berjumpa.

Dari sini, mungkin ada yang ketemu jodoh dikalangan blogger kan. Siapa tahu :)

Gambar diatas hanya sekadar gambar mereka yang sampai dulu. Dorang memang on time kalau bab berkaitan dengan makan.

Bro pulak?

Pergi cuci mata dekat Ikea dengan wife. Masih mencari Set Bilik Tidur kami.

Kami tak lama pun dekat sana, masing-masing ada hal masing-masing. Tapi seronok juga dapat berjumpa walaupun hanya beberapa jam.

Next time, kalau rasa nak open table or xnak makan sensorang. Roger la kami lagi :)

**”Kawan Yang Kita Suka” merupakan salah satu teater yang dipentaskan oleh member Bro di Dewan Bahasa Pustaka pada tahun lepas.

Bicara Bro : Tak sangka,

Patut la dorang mintak diri nak beransur dulu. Kata ada hal, rupanya hal “itu” ek. Sweet je korang kan.

Awat DeqNoor tutup mata masa amik gambar ini?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Ayam Penyet Bersama Kawan Yang Kita Suka

  1. best layan Ayam Penyet kat Curve tu…teringin pulak nak pergi lagi…sesekali lepak…tak payah cerita pasal blog..borak2 biasa je…takkan tiap2 kali jumpa blogger nak cerita blog..kan…hee~

Leave a Reply to Datin Tyka Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *