You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Awan Dania The Movie

17,434,398 total views, 2,063 views today

Awan Dania The Movie

Awan Dania The movie

Masihkah anda mengingati drama bersiri Awan Dania yang pernah ditayangkan di Astro Ria selama 3 musim?

Bro pasti anda mesti masih belum lupa melihat gelagat dan perangai Dania yang sering mencuit hati dan membuatkan anda tergelak ketawa.

Untuk pengetahuan anda,

Drama ini akhirnya telah dibawa ke layar perak iaitu ‘Awan Dania The Movie’ yang mula menemui anda di pawagam pada 14 Mac 2013.

Filem ini masih mengekalkan pelakon lama dari dramanya iaitu Scha Al-Yahya (Dania), Elly Mazlein (Tania), Rusdi Ramli (Kapten Remy) dan juga Jehan Miskin (Benjy).

Sinopsis Awan Dania The Movie.

Filem ‘Awan Dania The Movie’ ini mengisahkan tentang Dania dan Tania yang satu ketika dahulu adalah kawan rapat.

Namun disebabkan cemburu terhadap kejayaan dan juga kerana seorang lelaki iaitu Remy, hubungan Dania dan Tania secara tidak sedar semakin renggang. Mereka berdua masing-masing bersaing untuk mendapatkan anugerah pramugari terbaik.

Awan Dania

Dalam tidak sedar, Dania sebenarnya sudah jatuh cinta pada Remy. Dania hanya menyedari perkara itu apabila wujud perasaan cemburu terhadap Tania yang berjaya mencuri hati Remy.

Dalam mengejar cintanya dan ingin membuktikan bahawa Tania sebenarnya hanya mengambil kesempatan terhadap Remy, Dania telah membuat keputusan untuk mencari bukti dan menjelaskan semuanya pada Remy.

Namun, selepas semuanya tidak berhasil.

Apakah kesudahannya?

Sama-sama kita saksikan dipawagam berhampiran anda.

Review Awan Dania The Movie oleh Bro Framestone

Bantal-Awan-DaniaBagi sesiapa yang selama ini mengikuti drama Awan Dania, pasti tiada masalah untuk memahami jalan cerita filem ini.

Walaupun filem ini ada babak yang mengedikkan dari 2 wanita yang cuba memiliki hati si teruna. Ianya masih menerapkan element ikatan persahabatan yang mula hilang.

Tetapi ada beberapa babak seperti menyatakan jalan ceritanya tidak seperti ke Malaysiaan.

Babak yang mana? Harap pengarahnya, Rashid Sibir hubungi Bro untuk mengetahuinya.

Apa-apa pun terima kasih buat layanan kelas pertama menyaksikan pratonton filem ini ala menaiki kapal terbang FireFly.

Dan terima kasih untuk bantal ini 🙂

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Awan Dania The Movie

Leave a Reply

Top