April 20, 2024

Tip Blogging : Waktu Terbaik Menulis Blog

Broframestone tempat kerje

Kenal pasti  waktu terbaik untuk anda menulis blog

Setiap individu mempunyai ruang waktu yang berlainan untuk menghasilkan penulisan yang baik.

Tidak semestinya ada perlu menulis blog dan kemudian dipublish pada waktu tersebut. Selepas anda menulisnya, anda boleh membuat tetapan untuk masa dan tarikh blogpost tersebut akan publish pada blog anda.

Oleh itu, anda sendiri boleh menulis pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam.

Jangan terikit-ikut sangat blogger yang  boleh menulis blog setiap masa. Anda bukannya seperti mereka, maka anda perlu kenali ruang masa yang sesuai untuk anda menulis blog.

Seperti Bro sendiri,

3-4 tahun dulu, Bro selalu menulis blog seawal 4 pagi, kemudian buat tetapan untuk post tersebut publish di blog. Dan selalunya Bro akan menulis dalam 2-3 artikel untuk satu blog.

Waktu itu Bro memang rajin.

Sejak setahun kebelakangan ini. Waktu berblog Bro juga telah berubah.

Bro lebih suka menulis blog pada seawal pukul 7.30 pagi. Waktu yang sesuai bagi bro untuk update blog dimana rakan-rakan rumah bujang Bro ada yang baru nak tidur dan ada yang baru bangun tidur.

Tetapi sejak Bro berkahwin,

Waktu Bro update blog berubah lagi. Sama ada seawal 6 pagi ataupun selepas isteri Bro terlena. Baru ilham untuk update blog datang bertalu-talu.

Dan waktu ini yang sesuai untuk Bro menulis artikel mengenai advertorial (blogpost berbayar) yang bro terima.

Maka, apakah waktu sesuai bagi anda pula?

Kredit : Tip blogging dari rakan blogger – Eizil mengenai waktu terbaik untuk anda menulis blog.

Bicara Bro : Patutlah ada sesetengah blogger mula kurang aktif ataupun senyap terus selepas kahwin. Bro hampir juga menerima symptom seperti ini. Ke symptom kenadotan.

Ini gambar Bro sewaktu berkerja kerajaan pada tahun 2009. Abaikan meja Bro yang bersepah.

Dan pada skrin monitor Bro. Cer teka, blog siapakah yang sedang bro usha.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

38 thoughts on “Tip Blogging : Waktu Terbaik Menulis Blog

  1. Masa yg kerap saya menulis adalah selepas jam 11malam kerana masa itu biasanya sudah pulang dari kerja. Kadang-kadang bila idea datang dan ada kelapangan, saya terus menulis walaupun ketika sedang bekerja.. :)

  2. saya takde jadual update. ada idea waktu tengah free laptop depan mata tulis.
    tpai penting jugak waktu2 macam bro buat ni jadi blog tu kekal update berjadual..

  3. selalu pagi tapi kalau malam rasanya askar dah tdo.. entri mudah masuk dua keadaan jer boleh buat lain waktu bolah juga tapi kena hadap lama-lama btw tengok topik yang nak di ketangahkan juga

Leave a Reply to maszull Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *