March 29, 2024

Teater Antologi Neo-Romantik #Neoromantik


Paradoks Production kembali lagi dengan Teater Antologi Neo-Romantik terbitan bersama Artful Creator.

Teater ini merupakan karya serta diarahkan sendiri oleh Aloy Paradoks. Dimana ianya dijayakan oleh Fazleena Hishamuddin dan dirinya sendiri.

Teater ini akan dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka dari 14 – 17 Februari 2013.

antologi neoromantikKarya & Arahan : Aloy Paradoks
Lakonan : Fazleena Hishamuddin & Aloy Paradoks
Sinografer : Rayza MukMin
Floor Manager : Fathi Shafie
Penerbit : Ajami Hashim
Terbitan : Artful Creator & Paradoks Production.

Tarikh : 14,15,16 & 17 Feb 2013.
Tempat : Stor Teater DBP.

Tiket : RM 25
Hubungi : 012-6293327

Sinopsis Antologi Neo-Romantik :

Ianya mengisahkan tentang Najua dan Asyraf yang merupakan pasangan selebriti (pelakon) yang akan sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun.

Dan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang kesepuluh ini, pihak TV Sensasi melalui rancangan bual bicara terhangat “Neo-Romantik” menjemput mereka untuk menjadi pengacara bagi minggu tersebut.

Rancangan bual bicara “Neo-Romantik” adalah sebuah rancangan yang menampilkan hos berbeza setiap minggu. Dan hos tersebut mestilah pasangan selebriti yang telah berkahwin dan melalui kehidupan bersama dengan bahagia.

Melalui rancangan bual bicara “Neo-Romantik” ini, Asyraf dan Najua akan menceritakan kembali susur galur bibit pertemuan antara mereka hinggalah bahagianya mereka kini sebagai pasangan suami isteri.

Fazleena Hishamuddin Aloy Paradoks

Rancangan ini terbahagi kepada dua (2) segmen. Segmen yang pertama ialah mereka melakonkan kembali babak-babak percintaan awal antara mereka secara langsung (live) dihadapan kamera dan dihadapan penonton yang hadir. Manakala segmen kedua pula ialah merupakan sesi soal jawab antara pengacara dan penonton yang hadir di studio.

Lazimnya dalam sesi soal jawab ini, para penonton cenderung bertanya soalan yang panas-panas dan agak sensitif tentang hubungan mereka, hinggakan sampai satu keadaan ia mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa bagi pihak pasangan selebriti tersebut. Dan mereka bagaimana pun tetap harus menjawab soalan tersebut.

Bahagian yang terpenting, apakah akan terjadi bila mereka pulang ke rumah nanti.

Apakah? Apakah? Apakah?

Bicara Bro : Tengah plan bila masa yang sesuai nak tonton teater member Bro sorang nie.

Sorang lagi baru kahwin, tak sempat nak jumpa masa dia kahwin tempoh hari. Darah manis lagi tue, inai dijari pun tak hilang lagi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Teater Antologi Neo-Romantik #Neoromantik

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *