April 19, 2024

Tanah Kubur : Jangan Sisihkan Golongan Mualaf

Kisah Tanah Kubur minggu ini mengisahkan tentang Adam dan isterinya yang merupakan mualaf.

Beliau terasa tersisih selepas pindah ke kampung dimana orang kampung menyisih dan tidak membantu mereka mendalami Islam.

Orang kampung mula melemparkan tanggapan negatif kepada mereka berdua apabila sebarang kenduri dan majlis ilmu yang dilakukan di kampung itu tidak disertai mereka.

Pada suatu hari Adam meninggal dunia akibat serangan jantung.

Tetapi orang kampung tidak mahu Adam dikebumikan secara Islam kerana mengesaki  dia sudah murtad sebelum meninggal dunia.

Bagaimanapun jenazah beliau berseri-seri dan berbau wangi.

Terdapat beberapa point yang ditekankan dalam drama kali ini.

  • Tak semestinya kena ikut budaya orang melayu baru layak digelar Islam.
  • Mualaf mereka masuk Islam kerana mereka percaya tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
  • Mereka perlukan bimbingan berterusan dan jangan membiarkan mereka terkapai-kapai.

Drama Tanah Kubur sudah memasuki musim ke-6 dimana drama ini banyak menyiarkan cerita yang mampu memberi pengajaran dan iktibar kepada penonton setiap hari Jumaat pukul 7.30 malam di Astro Oasis 106.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Tanah Kubur : Jangan Sisihkan Golongan Mualaf

Leave a Reply to Dkna Abza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *