Sudahkah anda menonton Filem Wawa Semput?
Filem sekual selepas Adnan Sempit 2. Cuma kali ini mengisahkan tentang wawa dan bukan Adnan. Jika nak tahu tentang Adnan, kena tunggu Adnan Sempit 3.
Filem arahan Ismail “Bob Hasim masih mengekalkan genre aksi komedi dan mengekalkan watak yang dibawa oleh Yana Samsudin sebagai Wawa, Along Cham sebagai Bobby dan Angah Raja Lawak sebagai Ismat.
Jika sebelum ini watak Ismat kurang ditekankan dalam Adnan Sempit (filem punya), tetapi kali ini wataknya dibawah kehadapan dan menjadi pesaing sihat kepada Bobby untuk merebut cinta Wawa.
Terdapat watak Yuni (Adiba Yunus) yang merupakan rakan sekampung kepada Wawa dan beberapa watak lain seperti Kaza, Mie Raja Lawak dan Eddy Rauf.
Sinopsis Filem Wawa Semput Dari Bro Framestone.
Wawa dan Bobby menjalani perniagaan burger semata-mata ingin mengumpul duit untuk berkahwin. Tetapi sikap Bobby yang malas berusaha membuatkan Wawa bertindak meninggalkan Bobby.
Dalam masa yang sama, kemesraan Ismat terhadap Wawa turut dicemburui Bobby. Maka terjadi konflik kepada hubungan Wawa dan Bobby. Peluang ini diambil oleh Ismat untuk merampas dan memiliki cinta Wawa.
Akibat kecewa dengan Bobby, Wawa membawa diri untuk pulang ke kampung halaman. Ismit mengambil kesempatan ini menghantar sendiri Wawa pulang ke kampung dan ingin berjumpa dengan keluarga Wawa.
Bobby tidak mahu melepaskan Wawa, beliau juga sampai ke kampung Wawa untuk mengambil hati ayah Wawa. Maka mereka berdua terpaksa berkampung di homestay Ayuni yang merupakan kawan sekampung kepada Wawa.
Keadaan menjadi lebih sukar buat Wawa apabila Ayuni rupa-rupanya meminati Ismat. Begitu juga dengan ayah Wawa. Perkara ini merunsingkan Wawa, dan wawa mengambil keputusan untuk pergi kepada Ismat. Ini membuatkan Bobby sakit hati dan berpakat dengan Ayuni untuk membuat Wawa cemburu.
Berbagai cara dilakukan oleh Bobby dan Ismat untuk memiliki Wawa.
Siapakah yang bakal memiliki cinta si Wawa? Siapa pula yang terbaik buat Wawa? Dapatkah Ayuni memiliki Ismat? Atau anda perlu tunggu sambungan di Adnan Sempit 3?
Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran anda.
Trailer Filem Wawa Semput
Pendapat BroFramestone mengenai Filem Wawa Semput
- Dari awal hingga akhir, terasa macam layan filem muzikal. Ada saja babak menyanyinya.
- Watak Ayuni agak kurang menyerlah (mungkin kerana tak nampak usaha dia untuk memiliki Ismit)
- Tak nampak sangat pelakon extra (orang kampung) dalam beberapa babak di kampung berkenaan.
- Ada beberapa babak mampu memikat hati penonton.
- Wawa Semput agak kurang aksi ataupun lagak ngeri seperti Adnan Sempit (jangan aspek lebih, jika anda inginkan menyaksikan aksi-aksi macam dalam Adnan Sempit)
- Overall kalau nak release tension, boleh layan cerita ini.
Anda boleh layari page Hye Bro! untuk lebih gambar babak dalam filem Wawa Semput.
rasanya tak rugi tengok citer nieh …
kalau tgh stress memang elok sangat lah tgk citer nieh boleh hilangkan stress ..
kukuikuikui
Kalau stress nanti, layan la citer nie
bg sy la bro..mmg tak rugi tgk movie wawa semput ni..boleh layan jgk la..mmg dari mula sampai akhir asyik nak gelak je la…:D
gelak itu terapi diri…
tetap yg best adnan sempit juga
Kalau macam tue, kena nantikan adnan sempit 3 la ek
belum tengok..
assalamualaikum bro…wah !! mesti best cite ni nanti nak tengok juga la…:)
kena tengok nie.. angah dan along memang best la kalu berlakon sama2..
Baru tengok filem nie..memang berbaloi-baloi…BEST
best dan kelakar ker
makin mencurah2 rezeki yana ni kan. Tahniah. =)
Memang banyak cerita dia dengan MiG sekarang nie
hoho..untunglah yana sekarang ye. hehe
baca sinopsis pon dah rasa best dah, hehehe
yana sekarang makin best.. bayangkan berlakon dengan bro.. he he