You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Sekual Adnan Sempit – Wawa Semput

17,429,484 total views, 3,328 views today

Sekual Adnan Sempit – Wawa Semput

wawa semput - angah yana shamsuddin

Sudahkah anda menonton Filem Wawa Semput?

Filem sekual selepas Adnan Sempit 2. Cuma kali ini mengisahkan tentang wawa dan bukan Adnan. Jika nak tahu tentang Adnan, kena tunggu Adnan Sempit 3.

Filem arahan Ismail “Bob Hasim masih mengekalkan genre aksi komedi dan mengekalkan watak yang dibawa oleh Yana Samsudin sebagai Wawa, Along Cham sebagai Bobby dan Angah Raja Lawak sebagai Ismat.

Jika sebelum ini watak Ismat kurang ditekankan dalam Adnan Sempit (filem punya), tetapi kali ini wataknya dibawah kehadapan dan menjadi pesaing sihat kepada Bobby untuk merebut cinta Wawa.

wawa semput - Adiba Yunus Along Cham

Terdapat watak Yuni (Adiba Yunus) yang merupakan rakan sekampung kepada Wawa dan beberapa watak lain seperti Kaza, Mie Raja Lawak dan Eddy Rauf.

Sinopsis Filem Wawa Semput Dari Bro Framestone.

Wawa dan Bobby menjalani perniagaan burger semata-mata ingin mengumpul duit untuk berkahwin. Tetapi sikap Bobby yang malas berusaha membuatkan Wawa bertindak meninggalkan Bobby.
angah yana shamsudin wawa semput
Dalam masa yang sama, kemesraan Ismat terhadap Wawa turut dicemburui Bobby. Maka terjadi konflik kepada hubungan Wawa dan Bobby. Peluang ini diambil oleh Ismat untuk merampas dan memiliki cinta Wawa.

Akibat kecewa dengan Bobby, Wawa membawa diri untuk pulang ke kampung halaman. Ismit mengambil kesempatan ini menghantar sendiri Wawa pulang ke kampung dan ingin berjumpa dengan keluarga Wawa.

Bobby tidak mahu melepaskan Wawa, beliau juga sampai ke kampung Wawa untuk mengambil hati ayah Wawa. Maka mereka berdua terpaksa berkampung di homestay Ayuni yang merupakan kawan sekampung kepada Wawa.

Keadaan menjadi lebih sukar buat Wawa apabila Ayuni rupa-rupanya meminati Ismat. Begitu juga dengan ayah Wawa. Perkara ini merunsingkan Wawa, dan wawa mengambil keputusan untuk pergi kepada Ismat. Ini membuatkan Bobby sakit hati dan berpakat dengan  Ayuni untuk membuat Wawa cemburu.
angah along wawa semput
Berbagai cara dilakukan oleh Bobby dan Ismat untuk memiliki Wawa.

Siapakah yang bakal memiliki cinta si Wawa? Siapa pula yang terbaik buat Wawa? Dapatkah Ayuni memiliki Ismat? Atau anda perlu tunggu sambungan di Adnan Sempit 3?

Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran anda.

Trailer Filem Wawa Semput

Pendapat BroFramestone mengenai Filem Wawa Semput

  • Dari awal hingga akhir, terasa macam layan filem muzikal. Ada saja babak menyanyinya.
  • Watak Ayuni agak kurang menyerlah (mungkin kerana tak nampak usaha dia untuk memiliki Ismit)
  • Tak nampak sangat pelakon extra (orang kampung) dalam  beberapa babak di kampung berkenaan.
  • Ada beberapa babak mampu memikat hati penonton.
  • Wawa Semput agak kurang aksi ataupun lagak ngeri seperti Adnan Sempit (jangan aspek lebih, jika anda inginkan menyaksikan aksi-aksi macam dalam Adnan Sempit)
  • Overall kalau nak release tension, boleh layan cerita ini.

Anda boleh layari page Hye Bro! untuk lebih gambar babak dalam filem Wawa Semput.

yana samsuddin broframestone

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Sekual Adnan Sempit – Wawa Semput

Leave a Reply

Top