You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Persediaan Menjadi Ibu Bapa

17,442,612 total views, 1,823 views today

Persediaan Menjadi Ibu Bapa

Bakal Ibu BapaTak semua pasangan yang berkahwin bersedia untuk menjadi ibu bapa.

Mungkin ada yang mahu menikmati saat honeymoon bersama yang tersayang sehingga sampai masanya nanti baru mereka ingin menimang cahaya mata.

Ada juga yang tak kisah,

Ada rezeki, mereka terima.

Ada juga yang keguguran, tetapi mereka berusaha untuk memiliki anak semula.

Bagi mereka yang sudah mendapat cahaya mata, memang ianya satu kegembiraan dan menjadi ikatan kasih sayang suami isteri.

Tetapi sudah bersediakah anda?

Tidur anda terganggu oleh bunyi bayi menangis di tengah malam? Waktu makan anda terganggu dengan bau “popo” dari bayi anda?

Dan duit untuk membeli lampin lebih kurang dengan jumlah duit yang anda gunakan untuk makan nasi bungkus (makanan bajet) waktu tengahari selama sebulan (mungkin lebih).

Bagaimana dengan persediaan kewangan?

Bagaimana pula dengan kerjaya anda. Anak sakit dan anda perlu bercuti sedangkan waktu itu anda perlu selesaikan kerja yang mustahak dan tiada orang yang boleh mengantikan tempat anda?

Maka, sudah bersediakah anda?

Jika belum, pastikan anda bersedia dari sekarang.

Ada hikmah kenapa Allah swt menetapkan 9 bulan 10 hari untuk seorang wanita mengandung (kadar normal). Semuanya untuk memberi ruang kepada anda untuk mempersediakan diri.

Memang kita yang merancang tetapi Allah swt yang menentukan.

Agak tertekan bila kenalan, saudara-mara dan keluarga dok tanya “Dah ada isi ke belum?” lagi-lagi ianya merupakan cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga.

Bila tengok gambar di atas,

Gambar Mr. Ray beberapa hari sebelum dia jatuh sakit. Now berada di hospital untuk beberapa hari.

Bila roger ibubapanya – Blogger Melastik Bintang, dia dan isterinya terpaksa tinggal bersama menemani anak mereka. Hope kesihatan Mr. Ray kembali ok.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

37 thoughts on “Persediaan Menjadi Ibu Bapa

  1. saya doakan bro dan isteri dimurahkan rezeki. memang stress bila takde isi org dok tnye2. anggap jela tue doa dorang kan hihih. sy nasihat jgn stress sgt dan jgn mengharap. sbb kadang bila kita xmengharap sgt time tue la masa yang x jangka. itu jugak nasihat yg sy terima dari kengkawan. lagi satu cuba check bila waktu subur isteri. dan nasihat dari dokte2. ritu sy ada terbaca pasal info nie tp dh x ingt kt web mana. doa saya moga bro dan isteri dimurahkan rezeki dan dipermudah jalan. amin πŸ™‚

  2. kalo kehadiran cahaya mata buat bro sekeluarga lebih rapat sesama keluarga dan Allah, saya doakan semoga Allah murahkan rezeki bro. πŸ™‚

    p/s: mcm first time rasanye comment kt sini. hehe

  3. salam,

    ehhemm, no komen,..haha..

    tapi kalau berhadapan dengan org mulut tak de insurans asik tanya “dah ada isi ke belum?”, yang tu rasa nak keluarkan karatedo jugok… sibok sgt hal org. besenya org kg belah laki tu…benci..haha

  4. saya juga asyik ditanya dengan soalan yang sama – “dah ada ke belum”. Ini soalan cepu cemas pasangan baru berkahwin. Saya jawap terus terang saja.

  5. Dulu masa belum dapat anak,soalan di atas selalu bermain dalam fikiran.Dah dapat anak dan hadapi nya sendiri,tidaklah sesukar mana.Bila dah ada anak segala kepayahan tak terasa sebenarnya.Dari mata kasar memang nampak susah.Itulah hikmah yg dapat bila ada anak πŸ™‚

  6. sebelum ada anak pasti bermacam2 soalan akan bermain difikiran, especially duit belanja harian + makan minum anak..tapi percaya la bro, rezeki kita Allah dah tetapkan..tak perlu khuatir benda tu semua..saat isteri mengandung pun kadang2 bro akan perasan apa yang orang selalu kata “rezeki anak”.

  7. Anak ini itu anugerah tuhan. Kadang-kadang tak faham dengan pasangan muda yang membuat famili planning awal dan merungut apabila mendapat zuriat. Setiap anak yang dilahirkan didunia sudah tertulis rezekinya.

    p/s: Kenapa blog bro macam ada error?

Leave a Reply

Top