You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Penjara 20 Tahun Hukuman Lambung Bayi

17,446,070 total views, 5,281 views today

Penjara 20 Tahun Hukuman Lambung Bayi

yuliana amah dipenjara 20 tahunAkhirnya,

Pembantu rumah Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku salah atas dua tuduhan mendera seorang bayi berusia empat bulan pada minggu lalu.

Beliau yang berasal dari Aceh dipenjara 15 tahun bagi tuduhan pertama dan penjara lima tahun untuk tuduhan kedua.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 15 Februari lalu.

Perbuatan tertuduh merupakan kesalahan serius kerana memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Hukuman yang diberikan boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan jagaan.

Bagi pertuduhan pertama,

Yuliana yang baru sehari bekerja dengan keluarga malang itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali sehingga boleh menyebabkan kematian mangsa.

Risau jika perkara begini terjadi kepada kita.

Nak jaga kanak-kanak perlukan kesabaran yang tinggi, jangan mudah terlalu mengikut emosi dan bisikan syaitan.

Tak kisah amah ke, suami ke atau isteri.

Anak itu adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu kita jaga dan lindungi. Jika anda pula adalah Amah, adalah tanggungjawab anda untuk menjaga si anak dari majikan yang membayar gaji anda.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

18 thoughts on “Penjara 20 Tahun Hukuman Lambung Bayi

    1. Cukup la 20 tahun untuk si amah tue. Tapi xtau la cukup memberi peringatan bagi orang lain pula kan.

      Ok je nak amik pembantu rumah, mana tahu leh jadi suri rumah no-2 kan he..23x

Leave a Reply

Top