AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

Pada Suatu Cinta Dahulu Imbas Kenangan Waktu Sekolah

Filem Pada Suatu Cinta Dahulu arahan Hashim Rejab mampu membuat penonton mengimbas kembali kenangan sewaktu berada dialam sekolah dulu.

Filem romantik komedi yang menerapkan kisah cinta dizaman sekolah.

Cerita yang agak santai dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan diselitkan dengan babak romantik/cinta yang mudah diterima.

Gelagat cinta monyet yang cuba disampaikan mampu membuat anda ketawa dalam masa yang sama teringat kembali kenangan sewaktu anda berada dialam persekolahan.

Ianya diterajui sendiri oleh pelakon Intan Ladyana, Nizam Zaidi dan Wawa Zainal.

Sinopsis Filem Pada Suatu Cinta Dahulu

Ianya mengisahkan tentang diri Zainal yang agak tertekan dengan  alam perkahwinan dimana ianya tidak seperti yang dia harapkan sekarang ini.Sewaktu mengikuti sesi kaunseling, ia membuatkan dia mengingati kembali tentang memori silamnya.

Pada 18 tahun yang lalu,

Ketika di alam persekolahan, Zainal terkenal dengan kenakalannya bersama dengan rakan baiknya sewaktu berada ditingkatan 4. Sewaktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora.

Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan. Dalam masa yang sama Nora sentiasa nampak habiskan masa dengan lelaki lain. Ini menyebabkan Zainak bertindak diluar kawalan sehinggakan dia digantung sekolah.

pada satu cinta dahulu ponteng sekolah

Tempoh digantung sekolah ini digunakan Zainal untuk enjoy dan terlibat dengan satu kejadian di gerai cendol Kejadian ini memperkenalkan Zainal dengan Azura, seorang gadis yang cute dan pendek yang juga kena gantung sekolah akibat bergaduh.

Hampir setiap hari mereka berjumpa membuatkan Zainal semakin hari semakin menyukai sikap Azura yang selamba itu.

Namun segalanya berubah apabila Zainal mengetahui Azura sentiasa mengelak untuk berjumpa dengannya sewaktu Zainal jatuh hati kepadanya.

Apakah yang terjadi kepada Zainal? Kenapa Azura menghilangkan diri? Semuanya akan terjawab dalam filem romantik komedi, ’Pada Suatu ‘Cinta’ Dahulu’.

Trailer Filem Pada Suatu Cinta Dahulu

Review Filem Pada Suatu Cinta Dahulu dari Bro Framestone

Selepas menonton filem ini, banyak babak yang mampu mencuit hati Bro untuk ketawa bersama penonton yang lain. Ianya mampu menarik memori kita sewaktu berada di alam persekolahan dulu.

Kenangan yang Bro telah tinggalkan berbelas tahun dulu datang kembali sewaktu menonton filem ini.

Pemilihan pelakon juga tetap dalam memastikan penonton berasa sedang menonton lakonan pelajar sekolah. Watak yang dibawa oleh Intan Ladyana juga tidak mengecewakan. Begitu juga dengan Nizam Zaidi selaku peneraju filem ini.

Ada beberapa babak dalam filem ini memang babak yang pernah kita lakukan waktu sekolah dulu (kecuali jika anda jenis kayu sewaktu berada dialam persekolahan)

Untuk keseluruhan bagi Komedi Romantik, Bro bagi 4.9/5.0 bintang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Responses to Pada Suatu Cinta Dahulu Imbas Kenangan Waktu Sekolah

  1. Anuar says:

    Alamak… Cerita ini boleh membuatkan saya teringat cinta monyet masa zaman muda-muda dulu… ;)

    hahahahahahaX23…
    Anuar recently posted..Blog 5 Minit Vs Blog 3 tahun

  2. hatiputera says:

    Saya memang suka menonton filem yang temanya tidak memberatkan kepala macam cerita ini.
    hatiputera recently posted..Kedudukan Cabaran 10 Blogger Terbaik Malaysia

  3. topijerami90 says:

    aku pun jadi teringat cinta monyet dulu..
    indah…peh
    topijerami90 recently posted..Keputusan Kelantan vs PKNS FC 26 Februari 2013 Piala FA

  4. Datin Tyka says:

    menarik ni… perlu tengok.. zaman sekolah zaman nerd ku. eh sampai sekarang nerd. he he

  5. wazy says:

    heheh dah tengok cerita ni semalam,memang best la,terkenang zaman sekolah menengah dan cinta monyet dulu tu
    wazy recently posted..Berjogging dengan BETUL, SELAMAT dan BERKESAN

  6. Puan Bardboo says:

    Wah nampak menarik cerita ni. Nak2 plak ada wawa zainal yg cun tu.
    Puan Bardboo recently posted..Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 02]

  7. perghh saya dah la layan cerita romantik ni. hehe

  8. weekend ni nak tengok la keluar sekejap ajak buah hati. boleh ajak dia kenang kisah lama kitorang sesama. :D
    khairul asrol recently posted..Semakan Secara Online dan SMS Keputusan SPM 2012

  9. Hafizul says:

    Seronok kalau dapat layan citer nih..sinopsis dia macam teruja jer..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #43 – Musim Sejuk Melanda Jerteh Sekarang

  10. Ezad Skytech says:

    mcm layan je movie ni….imbau masa zaman sekolah dulu…heee~

  11. maszull says:

    assalamualaikum bro…hehehee seronok juga tengok cite ni…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge