image

Miss Malini,

Selebriti Blogger paling terpengaruh di Bollywood dibawah missmalini.com

Beliau banyak perkongsikan pengaruh selebriti melalui Social Media dan kesannya kepada selebriti itu sendiri.
Perkongsian beliau lebih kepada kesan positif dan negatif kepada pengikut mereka di laman sosial, kesan kepada kerjaya mereka sebagai selebriti dan kesalahan yang biasa terjadi kepada golongan ini sewaktu menggunakan social media.

Beliau sendiri merupakan blogger yang berkongsi mengenai selebriti, fasyen dan event.

Sewaktu sesi beliau di Malaysia Social Media Week,

Beliau berkongsikan senarai orang yang paling berpengaruh di laman twitter, orang yang selalu diperkatakan dilaman twitter (termasuk mendiang Micheal Jackson), Contoh tweet dari selebriti yang mendapat banyak retweet dan contoh tweet dari selebriti yang menjatuhkan selebriti tersebut (selebriti Bollywood)

Dalam masa yang sama,

Beliau berpesan berhati-hati berkongsikan gambar yang mungkin akan menimbulkan kontroversi atau disalah anggap oleh orang lain lagi-lagi jika ianya menyentuh isu sensitif masyarakat tempatan mahupun isu luar negara.

Dan gambar anda boleh dimanupulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun hanya sekadar troll.

Contoh yang beliau berikan, salah seorang selebriti Bollywood dimana gambar beliau menjadi satu isu gurauan sehingga kini dalam keadaan seksi.

Bro akan take note apa yang beliau kongsikan.