korek hidung

Korek hidung sewaktu memandu.

Mungkin sesuatu aktiviti yang menjijikan, tetapi ianya satu aktiviti yang mengasyikan sekiranya tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

Terasa satu kenikmatan sewaktu mengorek.

Tercari-cari

Bila ditemui, ditarik keluar.

Kemudian di gentil-gentil bijih tersebut menjadi bulat sebelum dijentik atau disalat pada tempat yang menjadi pilihan anda.

Maaf, jika entry kali ini agak mengelikan (meloyakan) tetapi inilah kenyataan yang dihadapi oleh sesetengah dari anda. Baik mengaku he..23x

Tetapi perbuatan ini amat membahayakan.

Mungkin tidak membahayakan pada diri anda. Mungkin membahayakan penumpang kereta anda dengan perbuatan anda tadi. Mungkin ada yang mengatakan anda adalah seorang pengotor.

Tapi lagi bahaya pada pengguna jalan raya yang lain.

Dimana mereka terpaksa menyaksikan aksi anda sambil mulut mereka ternganga. Melihat aksi anda mengorek dengan penuh nikmat lubang hidung anda.

Bila bijih dituai, semuanya buat muka menjijikan he..23x (Bro pernah jumpa orang seperti ini)

Tiba-tiba teringat satu peristiwa, sewaktu berhenti di trafik light.

Bro tengah seronok mengorek hidung (trafik light lambat sangat nak bertukar ke warna hijau). Bro terperasan, awek-awek kereta sebelah tengok aksi Bro dengan penuh kusyuk.

Tak pernah tengok orang korek hidung ke apa mereka nie.

Ke tak pernah tengok lelaki yang hensem bila mengorek hidung dengan penuh nikmat? (Maaf, Bro sudah berkahwin)

Ke mereka bayangkan sesuatu sewaktu tengok Bro tengah nikmat mengorek hidung?

Sehinggakan trafik light bertukar hijau pun mereka tak sedar. Sian, bro tengok dorang nie he..23x

Apa kata korang try korek hidung korang sambil perhatikan gelagat orang lain yang sedang menyaksikan aksi anda.

Kredit gambar buat myfirdaus.com