Keputusan untuk BR1M – Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 sudah keluar.
Adakah permohonan anda sudah berjaya? Jika berjaya, sudahkah anda menerimanya?
Bagi BR1M 2.0 ianya telah diperluaskan kepada mereka yang belum berkahwin berumur 21 tahun yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, layak menerima RM250.
Sebelum ini pemberian RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bagi yang belum membuat semakan BR1M, anda boleh hubungi nombor telefon ini untuk tujuan buat semakan di talian 03-8313 8987 atau 03-8313 8988 atau 03-8313 8989.
Ramai yang sudah memohon dan menerimanya.
Tetapi korang adakah korang fikiran (ada orang yang cakap) – Korang rasa haram tak terima BR1M sedangkan anda terpaksa menipu jumlah pendapatan anda (sedangkan pendapatan anda lebih dari jumlah yang dinyatakan).
Duit itu duit rakyat untuk mengurangkan beban rakyat.
Ada juga dengar beberapa kes, dimana orang yang betul-betul memerlukan (berpendapatan rendah) gagal dalam permohonan mereka. Dan mereka terpaksa memohon semula.
Ada juga yang terpaksa turun naik berjumpa orang atasan untuk membuat rayuan. Kos untuk buat rayuan (tranport etc) berjumlah hampir sama dengan jumlah pemberian BR1M yang mereka patut terima.
Paling penting,
Perlukah anda terima bantuan ini sedangkan anda sendiri tidak pergi mengundi (jika anda layak mengundi). Maknanya anda menzalimi rakyat lain yang semata-mata untuk kepentingan anda sendiri.
Undi anda penentu siapa yang bakal memimpin negara ini dan undi anda adalah rahsia.
Tak kisah ada berfahaman kerajaan atau pembangkang, jangan lupa kewajipan anda untuk mengundi. Jangan kerana anda tidak mengundi, anda menzalimi rakyat lain.
Fikir-fikirkan.
Saya tak dapat bro..sebab awal2 lagi tak layak walaupun baru berusia 18tahun..
semakan brm1m bg 3 nombor online tp semua no yang sy col tk di jawab..mcm mane?ade cra2 lain untuk cek keputusan BRM1M???
yang penipu jumlah pendapatan tu, pandai2 lah tanggung. nanti bro turun undi tak.
tak patutlah menipu, banyak lagi org yg berhak dapat..
ada juga yang amik kesempatan, tapi kalau pembayar cukai pendapatan BR1M nie tak dapat…..
oshin mohon dan dah cek…alhamdulillah lulus cuma tak tau bila dapatnya…so far, ikut kelayakkan mmg layak la mohon hee
saya tak apply sbb memang tak layak bila gaji dicampurkan dengan isteri… bagilah dekat orang yg betul2 memerlukan
aku tak layak sbb tak kerja lagi..
hahaha
apa2 pun lebih ramai pemimpin diMalaysia ni tidak kira yang atas atau dari akar umbi, pembangkang atau sbaliknya mereka lebih banyak MAKAN DUIT RAKYAT…
undi memg patut undi, this is our Responsibility as a MALAYSIAN.
Tapi, jika PRU13 x ada, adakah semua bantuan ini akan wujud???
Orang Melayu kita dh makin ditindas oleh pemimpim melayu sendiri….
Semasa saya lepas SPM 2005, dan saya dapat tawasan masuk ke UITM, time 2 saya rasa saya tidak dapat teruskan sb x cukup duit nk byr yuran n evrythg. tapi 1 hari ayah ckap
‘kita try g kat pejabat UMNO, dgar kte diorang bagi bantuan pada pelajar cemerlang yang dapat tawaran ke IPT’.Alhamdulillah…
kemudian, sya pergi kat pejabat tu n tunjuk surat tawaran pada sorang pegawai UMNO kt situ. dia ckp YA ada bantuan untuk Pelajar Cemerlang 2.dia minta tunggu di dalam pejabat dia, pada masa yang sama dia buka laci n trus ambil sampul putih. Dia buka sampul 2 n keluarkan duit RM100 dan masukkan dalam poket dia. Kemudian dia bg sampul 2 pada saya. dia ckap copy surat tawaran ni dia ambil. duit bantuan 2 ada dalam sampul putih tu. terima kasih. saya pon tanpa ckap apa2 trus keluar. Sya buka smpul 2 ada RM100 shj.Alhamdulillah dpt jugak, tapi….itu ke ciri2 pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat. Dia Rembat kt dia RM100 n bagi selebihnya pada sya. dia igat sya bodoh ke….Ayah cakap biarlah dorang, suatu hari nanti diorang akan dapat balasannya……Bagi saya skrg ni, apa dorg bagi ambik shj. siapa yang x pernah alami perkara ni msti la akan rasa marah dgn apa yang sya critakn.Maaf jika apa yang sya ceritankan ni mungkin menyinggung sesiapa. this is reality. sya percaya bayak lagi rakyat yang tertindas diluar sna.
Maaf sekali lagi….. ^_^
Saya dan suami tak apply, even gaji kami berdua tak cecah 3 ribu pon. alasan suami adalah: lebih ramai lagi orang yang sangat-sangat memerlukan wang RM 500 ni jika nak di bandingkan dengan kewangan kami.
Tapi apa yang saya geram ada orang (yang saya kenal) yang sanggup menipu jumlah pendapatan hanya untuk mendapatkan wang RM500 ni untuk shopping baju baru. padahal gaji suami isteri cecah RM 5K sebulan. :(
itu kalau menipu memang tak selamatlah dia..
alamak xtau nk komen apa..bahahahha…amik sjo klo dpt..
Klau dapat alhamdulillah rezeki, tapi part menipu tu masing2 kan, terpulang..
kalau dia bagi ke pelajar duit macam ni kan best..
tyka dah dapat baucer buku dan kad siswa, dah kira cukup la tu..
yup, mengundi adalah hak kita
Tahun lepas dapat 500rm br1m. Tahun ni tak dapat. Entah la macammana dia orang kira
kalau dah dapat tu memang rezeki la,macam-macam boleh buat untuk bantu meringankan beban keluarga contohnya
deno belum layak sbb belum keje.. hehe.. tapi umur dah layak mengundi dan deno dah daftar :)
whoaa membuka minda lah entry bro ni…
Tq…. Kie ada apply tapi xpasti dapat ke x..
kalau dapat alhamdulillah if xdapat insyaAllah rezeki dapat baucar lah “student” kan.. huhuhu
aku tak layak, dpt baucar buku je
ohh..dapat rupanya. tahniah!
assalamualaikum bro…ada juga ke yg menipu dlm hal mcm ni…LHDN kan sepatutnya cek setiap borang pemohon tu yg x layak mana boleh dpt…:)
buat apa mengundi saya mohon pun x dpt org yg menipu senang je dapat