March 29, 2024

Hari Isnin Buat Suami Isteri

Isteri Sakit Ditemani Suami
Hari Isnin buat kami suami isteri.

Hari yang amat memanatkan terutama bila hujung minggu penuh dengan aktiviti sama ada aktiviti kami berdua (jangan tanya apa kami buat), aktiviti bersama keluarga mahupun aktiviti bersama rakan-rakan (selalunya blogger) dan aktiviti mencari nafkah (kerja).

Bila ada teman hidup,

Komitment dan tanggungjawab akan bertambah.

Tak kan nak duduk rumah tidur je kan. Sure kena kemas rumah, mana la tahu tertiba ada yang datang melawat.

Kenkadang kami bergilir memasak. Selalunya Bro yang memasak. Jangan ingat bro tak reti memasak. Nasib korang la kena makan masakan bro. Nampak sangat kena berguru dengan Blogger Masakan – Mat Gebu jika bro datang Sedenak nanti.

Rumah Che Mat Gebu Tiffin Biru

Gambar diatas salah satu bukti Bro pernah singgah rumah Mat Gebu.

Dia tak nak gambar dia diambil dan disebarkan (biar dia menjadi lelaki penuh misteri) Tetapi terima kasih sebab sudi datang majlis perkahwinan bro tempoh hari. (Lu power la datang tak payah pakai topeng – untuk cover identiti)

Bila sudah berkahwin pula,

Kita perlu ingat, kita bukan sekadar hidup berdua. Family dan family mertua juga terlibat sama.

Jika pulang ke kampung atau rumah family. Jangan terperap dalam bilik je (kecuali tengah buat kerja dan tak ada gangguan)

nandos family in law

Anda juga perlu spend masa dengan mereka.

Macam bro,

Bro lebih suka terperap dalam bilik. Sama ada tidur atau buat kerja (selalunya buat kerja je la) dan Wife Bro pula lebih suka pergi memancing dengan keluarga.

Dah kahwin tak semestinya kena berkepit sahaja dengan suami/isteri. Kawan-kawan yang lain jangan diabaikan.

Selalunya kalau kami tiada apa-apa aktiviti, selalu gak ajak rakan2 mahupun blogger lepak bersama.

Dari keluar tengok wayang, makan, cuci mata, mandi manda, gathering mahupun bermain laser tag (dah jadi hobi baru kami suami isteri).

Walaupun penat, asalkan waktu terluang di hujung minggu digunakan sebaik mungkin.

Kalau ikutkan kami berdua nie bukannya suami isteri hujung minggu, lebih kepada bujang hujung minggu. Kadangkala Bro sendiri bz dengan event blogger dan kerja. Dia pula bz kerja (biasa la kerja ikut shift dan sabtu ahad kena kerja juga).

Maka kami selalu curi masa atau pepandai bahagikan masa untuk melakukan aktiviti bersama.

Pada hari isnin kami sentiasa berharap, bila la cuti nak datang nie he..23x Ops kami masih tak sempat nak pergi honeymoon lagi. Hope tak terlajak sampai tahun depan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Hari Isnin Buat Suami Isteri

  1. assalamualaikum bro…walau busy mcm mana sekali pun kena juga luangkn masa bersama2 yer moga sentiasa bahagia…:)

Leave a Reply to kakmahh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *