You are here
Home > 1001 Pictures > Foto Pilihan > Hari Ini Hari Isnin

17,446,630 total views, 5,841 views today

Hari Ini Hari Isnin

BroFramestone beriadah

Hari ini hari Isnin.

Cepat benar Isninnya, tak sempat nak menikmati saat-saat hujung minggu.

Bila la dapat merasa kenikmatan berhujung minggu di rumah bersama isteri tersayang he..23x Asik hujung minggu buat kerja + ada aktiviti.

Apa-apa pun bro nak minta maaf bebanyak pada rakan blogger yang mengharap Bro dapat turun ke event Rumah Amal Kasih Bestari baru-baru ini.

Malangnya Bro tidak dapat hadirkan diri kerana berada di Perak, dan terpaksa terkejar balik ke KL sebab wife kena masuk kerja tengahari tersebut.

Oh gambar diatas?

Itu salah satu gambar Bro pada tahun 2007 di Melaka sewaktu ada program kerjasama antara Universiti Bro dengan USM. Waktu ini Bro jadi VIP untuk program ini.

Nampak tak kekurusan Bro waktu ini.

Time ini memang Bro kurang masa berehat. Masuk kelas pun boleh kira dengan jari sepanjang semester Bro jadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar.

Cer teka berapa berat badan Bro waktu ini?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Hari Ini Hari Isnin

Leave a Reply

Top