April 25, 2024

Filem Gangster Celop Lakonan Hanis Zalikha

Hanis Zalikha Kamal Adli Gangster Celop

Hanis Zalikha.

Nama yang tidak asing lagi dikalangan blogger di Malaysia.

Baru-baru ini beliau tampil sebagai salah seorang pelakon utama untuk Filem Gangster Celop bersama dengan Syamsul Yusof dan Kamal Adli.

Filem kerjasama Excellent Pictures dan Skop Productions memberi impak yang mantap kepada industri perfileman tempatan.

Filem arahan Ahmad Idham ini menelan kos RM 1.7 juta bakal menggegarkan panggung berhampiran anda pada 21 Februari 2013 di seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei.

ahmad idham gangster celop

Sewaktu menonton Tayangan Perdana Filem Gangster Celop di Cathay e@curve tempoh hari, banyak artis dan pelakon yang turun untuk memberi sokongan kepada filem ini.

Sinopsis filem Gangster Celop

Ianya mengisahkan tentang dua orang rakan, Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang tinggal di rumah kebajikan. Mereka melarikan diri kerana selalu dimarah oleh penjaga mereka akibat tabiat mereka yang suka bergaduh.

Pada suatu hari mereka dibelasah kerana mencuri ayam goreng dan diselamatkan oleh Ayahanda Mat Jambu (Yus Jambu). Mereka terhutang budi dengan Ayahanda kerana belanja mereka air slurpee 7-eleven. Ini membuatkan mereka menjadi pengikut setia kepada Ayahanda.

Konflik bermula bila mereka kantoi dan dipenjarakan selama 5 tahun sewaktu menyerang Man Cirit (Azad Jazmin) yang sedang berkaraoke.
gangster celop
Mereka bercadang nak cuci tangan selepas keluar penjara tetapi mereka perlu berjumpa dan meminta izin dengan Ayahanda. Niat murni mereka diterima oleh Ayahanda dan mereka ditugaskan untuk menjadi babysitter kepada anak dara Ayahanda, Suzana yang akan pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian di oversea.

Bukan senang bagi seorang yang sejak azalinya adalah gangster menjadi babysitter tanpa membuat Suzana mengesyaki kegiatan yang dilakukan oleh ayahnya.

Sehinggakan pada satu kejadian, Ayahanda mati ditembak oleh Man Cirit didepan Suzana.

Apakah yang bakal terjadi kepada Suzana, Kenapa Man Cirit ingin membunuh Ayahanda Mat Jambu? Apa yang bakal dilakukan oleh Aman dan Adam?

Sama-sama kita saksikan dipawagam berhampiran anda pada 21 februari nanti.

Trailer Filem Gangster Celop

Review Filem Gangster Celop dari Bro Framestone

  1. Permulaan cerita yang agak menarik ada iras-iras seperti KL Gangster, terdapat aksi diselitkan diawal filem untuk memberi impak gangster yang baru berjinak-jinak nak cuci tangan.
  2. Penampilan Hanis Zalikha sebagai watak Suzana mampu membuatkan Aman dan Adam mula jatuh hati dan cuba memiliki hatinya.
  3. Lakonan Yus Jambu tidak mengecewakan peminat Jambu selama ini. Selingan lawak santainya dengan muka ala gangster mampu membuat anda tergelak.
  4. Gabungan Syamsul Yusof dan Kamal Adli juga nampak tidak membayangi mana-mana pelakon. Watak masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing.
  5. Ending tak boleh blah (jangan tanya, korang tengok baru tahu.

Kontest Filem Gangster Celop

Tweet entry ini bersertakan hastag #hyebro #gangstercelop @broframestone @ExcellentPic_My @Skop_Prodns

Contoh :

Jom saksikan #gangstercelop #kontestbro @broframestone @ExcellentPic_My @Skop_Prodns https://www.broframestone.com/2013/02/filem-gangster-celop-lakonan-hanis-zalikha/

Hadiah : Sepasang tiket untuk menyaksikan Filem Gangster Celop.
Tempoh : Kontest ini akan tamat pada 26 Feb 2013 pukul 11.59 malam dan pemenang akan dihubungi melalui twitter.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “Filem Gangster Celop Lakonan Hanis Zalikha

    1. tak pegi tgk hari ni sebab kije..mlm nak kena jaga baby…lagipun abang ahmad idham tak bagi kita tiket free hehehehhe :P esok je la p tgk siang…sekian trimas~

Leave a Reply to hunny kitty Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *