3,501,326 total views, 3,685 views today

Filem Gangster Celop Lakonan Hanis Zalikha

Hanis Zalikha Kamal Adli Gangster Celop

Hanis Zalikha.

Nama yang tidak asing lagi dikalangan blogger di Malaysia.

Baru-baru ini beliau tampil sebagai salah seorang pelakon utama untuk Filem Gangster Celop bersama dengan Syamsul Yusof dan Kamal Adli.

Filem kerjasama Excellent Pictures dan Skop Productions memberi impak yang mantap kepada industri perfileman tempatan.

Filem arahan Ahmad Idham ini menelan kos RM 1.7 juta bakal menggegarkan panggung berhampiran anda pada 21 Februari 2013 di seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei.

ahmad idham gangster celop

Sewaktu menonton Tayangan Perdana Filem Gangster Celop di Cathay e@curve tempoh hari, banyak artis dan pelakon yang turun untuk memberi sokongan kepada filem ini.

Sinopsis filem Gangster Celop

Ianya mengisahkan tentang dua orang rakan, Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang tinggal di rumah kebajikan. Mereka melarikan diri kerana selalu dimarah oleh penjaga mereka akibat tabiat mereka yang suka bergaduh.

Pada suatu hari mereka dibelasah kerana mencuri ayam goreng dan diselamatkan oleh Ayahanda Mat Jambu (Yus Jambu). Mereka terhutang budi dengan Ayahanda kerana belanja mereka air slurpee 7-eleven. Ini membuatkan mereka menjadi pengikut setia kepada Ayahanda.

Konflik bermula bila mereka kantoi dan dipenjarakan selama 5 tahun sewaktu menyerang Man Cirit (Azad Jazmin) yang sedang berkaraoke.
gangster celop
Mereka bercadang nak cuci tangan selepas keluar penjara tetapi mereka perlu berjumpa dan meminta izin dengan Ayahanda. Niat murni mereka diterima oleh Ayahanda dan mereka ditugaskan untuk menjadi babysitter kepada anak dara Ayahanda, Suzana yang akan pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian di oversea.

Bukan senang bagi seorang yang sejak azalinya adalah gangster menjadi babysitter tanpa membuat Suzana mengesyaki kegiatan yang dilakukan oleh ayahnya.

Sehinggakan pada satu kejadian, Ayahanda mati ditembak oleh Man Cirit didepan Suzana.

Apakah yang bakal terjadi kepada Suzana, Kenapa Man Cirit ingin membunuh Ayahanda Mat Jambu? Apa yang bakal dilakukan oleh Aman dan Adam?

Sama-sama kita saksikan dipawagam berhampiran anda pada 21 februari nanti.

Trailer Filem Gangster Celop

Review Filem Gangster Celop dari Bro Framestone

  1. Permulaan cerita yang agak menarik ada iras-iras seperti KL Gangster, terdapat aksi diselitkan diawal filem untuk memberi impak gangster yang baru berjinak-jinak nak cuci tangan.
  2. Penampilan Hanis Zalikha sebagai watak Suzana mampu membuatkan Aman dan Adam mula jatuh hati dan cuba memiliki hatinya.
  3. Lakonan Yus Jambu tidak mengecewakan peminat Jambu selama ini. Selingan lawak santainya dengan muka ala gangster mampu membuat anda tergelak.
  4. Gabungan Syamsul Yusof dan Kamal Adli juga nampak tidak membayangi mana-mana pelakon. Watak masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing.
  5. Ending tak boleh blah (jangan tanya, korang tengok baru tahu.

Kontest Filem Gangster Celop

Tweet entry ini bersertakan hastag #hyebro #gangstercelop @broframestone @ExcellentPic_My @Skop_Prodns

Contoh :

Jom saksikan #gangstercelop #kontestbro @broframestone @ExcellentPic_My @Skop_Prodns http://www.broframestone.com/2013/02/filem-gangster-celop-lakonan-hanis-zalikha/

Hadiah : Sepasang tiket untuk menyaksikan Filem Gangster Celop.
Tempoh : Kontest ini akan tamat pada 26 Feb 2013 pukul 11.59 malam dan pemenang akan dihubungi melalui twitter.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Responses to Filem Gangster Celop Lakonan Hanis Zalikha

  1. wow blogger femes ni pun berlakon jugak. boleh jadi tarikan ni.

  2. munir ardi says:

    tak disangka bro framestone pun pelakon rupanya
    munir ardi recently posted..Sudahkah kita bersiap menghadapinya

  3. eyka hashim says:

    hehehe..makin femes hanis zalikha..

  4. hazwanhairy says:

    yg free tiket dh terlepas erk?lalalal

  5. hairulafiz says:

    semakin glamor hanis ni skrg..

  6. Datin Tyka says:

    lepas ni bro pula yang berlakon…

  7. Ezad Skytech says:

    hujung bulan ni nanti baru tgk…tak tgk rugi pulak tiket hari tu…hee~

  8. Izzat Eshak says:

    Gangster celop2.
    Makin laris Hanis Zalikha sekarang =)

  9. deno says:

    blogger dan berlakon.. tak lama lagi bro framestone pula.. hihik^^

  10. maszull says:

    assalamualaikum bro…tahniah buat Hanis n jalan cite nyer pun mcm sedap je…;)

  11. Nurul says:

    Waaaaa x sabor nak g tgk.. Tq Bro bg tiket wayang free.. :)

  12. boni says:

    pergh…. ni yang tak sabar nak pergi tengok ni.ahahaa

  13. Datin Tyka says:

    bro tak cuba, macam mana nak tahu…

  14. Dkna Abza says:

    hanis dah bergelas retis.. wooowwww….

    ending tu wat suspen jer bro ;p

  15. hunny kitty says:

    bestnya dah tgk..huuuuuu kita baru nak p tgk esk

  16. tunggu HZ berlakon dengan den pula…nantikan ye.. hehehe
    Melastik Bintang recently posted..Pentingnya Bersarapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge