April 25, 2024

Elia Jejari Runcing Dan Iera Kan

elia jejari runcing iera kan broframestoneKembar bertemu kembar.

Elia Jejari Runcing dan juga isteri Bro – Iera Kan.

Kalau sekali pandang mungkin ada yang tidak dapat membezakan mereka berdua.

Teringat lagi pada saat pertama bro temui pembantu peribadi Bro iaitu Cik Siezuka (Now dah bersara – sejak Bro kahwin)

Dia mati-mati ingatkan waktu itu, Bro bawa Elia Jejari Runcing makan malam bersama. Itu yang Bro pelik tengok cik Siezuka usha kami semacam.

Dah lama mengenali cik Siezuka, baru Bro tahu kenapa dia pandang kami begitu.

Sewaktu status Bro sudah bertunang diketahui ramai. Ada beberapa orang yang ingatkan Bro bertunang dengan Elia Jejari Runcing. Sehinggakan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan di twitter yang dia bukannya tunang Bro.

Perkara ini menyebabkan hubungan Bro dengan Elia macam kurang selesa sikit.

Bro tak nak sebab Bro, kehidupan peribadi beliau terganggu.

Kenapa hampir setahun Bro bertunang, Bro tak bagitau ramai orang yang Bro sudah bertunang dan siapa tunang Bro? Semua sebab bro nak jaga privasi tunang Bro.

Tunang Bro sendiri pun tak selesa bila ada ada orang kaitkan Bro dengan Elia.

Mereka berdua pertama kali berjumpa sewaktu Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network baru-baru ini. Tengah Bro sibuk bersembang dengan beberapa rakan blogger, nampak mereka berdua dah bersembang. Tak tahu bila masa mereka berdua bertegur.

Selama ini mereka hanya bersembang di instagram sahaja.

Jom tengok gambar mereka tangkap bersama. Mungkin ada banyak perbezaan sejak isteri Bro berkahwin.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Elia Jejari Runcing Dan Iera Kan

  1. Betullah Bro.. Sekali pandang memang sama wajah Elia Jejari Runcing dengan isteri Bro… Bro tahu membezakan antara mereka berdua, kira oklah tu.. harap Bro tak tersalah orang.. ;)

Leave a Reply to azney Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *