You are here
Home > Contest > Destinasi Percutian Melastik Bintang

17,449,927 total views, 2,396 views today

Destinasi Percutian Melastik Bintang

travel blog bandung indonesia

Destinasi percutian?

Satu perkara yang paling sukar untuk Bro fikirkan untuk diri sendiri. Inikan pula untuk difikirkan kepada member blogger – Melastik Bintang.

Mungkin perlu cadangkan destinasi yang sesuai untuk pasangan ini.

Orang kata,

Siapa kata orang dah kahwin tak layak nak pergi berbulan madu (alamak, Bro sendiri pun tak sempat nak pergi berbulan madu)

Tetapi ada satu tempat yang Bro rasa sesuai sangat kalau beliau nak berbulan madu (nak ajak Bro sekali pun boleh sebenarnya).

Lokasi yang Bro maksudkan terletak di Bandung, Indonesia. Tempat percutian yang membawa kita mendekati diri dengan alam.

Apa kata Bro cadangkan mereka bermalam dengan pakej yang ditawarkan di Kampung Sapu Lidi, Bandung. Dimana pakej honeymoon yang ditawarkan Rp 1,050,000 (lebih kurang dalam RM4++) untuk 2 hari 1 malam.

Kamar Beradu

kamar berbulan madu

Kawasan sekeliling Kampung Lidi

Tasik kampung lidi bandung indonesia

Nampak suasana kehijauan,

Rasa tenang dan nyaman bila berada di sini. Dengan beberapa chalet terletak ditengah tasik. Memberi privasi kepada pasangan yang ingin menikmati saat berbulan madu bersama.

Contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang ” ini dianjurkan oleh Melastikbintang.com dan ditaja bersama oleh Sahabat Melastik Bintang :  AbangEnsem.comBroframestone.comShakiddo.comNadot.myAlyzafisol.comSpudinpunya.comAkubiomed.comHazwanhairy.com,  Afasz.blogspot.comMahamahu.com,  Siezuka.comYanayassin.com,  Wanwidget.comYanty.myNamiacinta.comPondokkecil.com Ladfeamir.com dan Ashadin.com

Fasiliti Unik Dan Menarik

Fasiliti yang disediakan terutama di bilik mahupun chalet amat unik dan menarik. Terasa satu kelainan bila berada di sini. Terasa ingin make over (deco idaman) rumah jadi seperti ini.

Tab mandi dan sinki.

Kamar mandi – yang luas dan selesa digunakan.

Kalau rasa nak main kejar-kejar dalam kamar mandi pun tiada masalah.

Gadis Bandung indonesia

Salah satu kenangan Bro sewaktu berada di Kampung Sapu Lidi, Bandung. Bergambar dengan Ketua bahagian pemasaran disini.

Jika anda berminat nak bercuti di sini, anda boleh rujuk info dibawah ini

Jl.Sersan Bajuri
Komplek Graha Puspa
Cihideung Lembang
Bandung

+62 22 2786461
+62 22 2786915
+62 22 70002944
http://www.sapulidisawah.com/

Saya berpendapat bahawa Blog Melastik Bintang terus berblog tentang parenting termasuk kisah anak sulungnya, Mr Ray.

Moga kesihatan Mr. Ray kembali pulih.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

40 thoughts on “Destinasi Percutian Melastik Bintang

Leave a Reply

Top