You are here
Home > Uncategorized > Banjir Kilat Melanda Puchong

17,457,072 total views, 239 views today

Banjir Kilat Melanda Puchong

Banjir kilat Melanda Puchong
Baru mendapat maklumat.

Banjir kilat menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar Puchong sesak teruk terutama di kawasan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall.

Kesesakan lalu lintas berlaku di laluan New Pantai Expressway (NPE), Bulatan Kewajipan hingga susur LDP di kedua arah, Lebuhraya Sprint dari arah Damansara Utama hingga plaza tol Damansara Utama pada kira-kira jam 6.13 petang.

Beberapa buah kenderaan dilaporkan ‘terperangkap’ dalam banjir kilat itu berhampiran IOI Mall.

Punca banjir dipercayai disebabkan longkang tersumbat.

Bila tengok gambar diatas yang diupload di facebook. Agak teruk juga banjir yang melanda. Sebab air banjir hanya bertakung dalam laluan kenderaan.

Adakah ini disebabkan oleh projek lebuhraya disitu?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Banjir Kilat Melanda Puchong

  1. selalu je berlaku banjir kilat.. deno rasa semua ni terjadi salah manusia sendiri jugak kan… ada bersikap tak bertanggungjawab buang sampah berlongok-longgok dalam longkang, parit, sungai.. projek pembangunan tak terkawal mungkin jadi faktor.. betul tak? 🙂

  2. gerun tengok jalan tu dah macam sungai pula..
    mungkin sebab pembinaan LRT sistem perparitan gagal.
    pastu jalan tu agak rendah sikit. terus bertakung air bila ujan lebat

Leave a Reply

Top