You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Temani Isteri Ke Klinik Keluarga

17,420,267 total views, 2,088 views today

Temani Isteri Ke Klinik Keluarga


Permulaan tahun 2013 agak kurang menarik.

Isteri kurang sihat, mungkin faktor kerja dan cuaca. Rasa menyesal pula semalam tak hantar dan amik dia dari kerja.

Dengan kerja yang banyak kemudian tersangkut dalam kesesakan lalu lintas akibat beberapa jalan ditutup sempena Sambutan Ambang 2013.

Sampai rumah je, badan dia panas dan termuntah-muntah. Selamat Bro dah siap masak dekat rumah. Lepas dia makan terus terlelap.

Tapi pagi tadi, panas badan dia tak kebah-kebah. Panas semacam je. Tak boleh jadi, so Bro paksa dia pergi ke Klinik berdekatan.

Fuhhhh ini pertama kali Bro temani Isteri ke Klinik.

Dalam banyak-banyak klinik, Bro fokus pada klinik keluarga. Senang, daftar terus dekat sini. Mana tahu kot-kot isteri termengandung ke apa ke. Lagi satu doktor di sini perempuan dan agak islamik. Rasanya sesuai untuk keluarga Bro.

Lepas makan ubat, lena terus dia sampai ke petang. Sian tengok keadaan dia. Esok malam Bro tak balik rumah atas urusan kerja. Selamat dia shif malam, asalkan kesihatan dia kembali pulih.

Tak sanggup nak tinggalkan isteri sorang-sorang dekat rumah.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

29 thoughts on “Temani Isteri Ke Klinik Keluarga

Leave a Reply

Top