March 29, 2024

Setelah 2 Bulan Mendirikan Rumah Tangga

setelah 2 bulan berkahwin

Setelah 2 bulan mendirikan rumah tangga.

Inai dijari (kenyataannya hanya pada kuku) masih belum hilang. Senyum pengapit makin melebar, tak lama lagi turn dia pula naik pelamin.

Dalam tempoh dua bulan ini,

Kami dapat cari rumah yang sesuai untuk duduk bersama, walaupun agak berjauhan dari kota Kuala Lumpur.

Tetapi perjalanan kami mencari rezeki di ibu kota tak terasa sangat. Mungkin sebab kami tidak selalu tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Dalam tempoh dua bulan ini,

Bro lebih banyak masak makan malam berbanding dia akibat dia selalu balik lambat dan kadangkala kerja malam.

Dia pula lebih banyak sediakan sarapan pagi berbanding dengan Bro, asal lepas Subuh duduk depan laptop buat kerja sampai pukul 10 pagi.

Dalam tempoh dua bulan ini,

Bro kena paksa mandi bersabun, gosok gigi 3x sehari.

Dalam tempoh dua bulan ini,

Masing-masing belum fikir lagi pasal honeymoon ataupun plan bercuti bersama. Kalau cuti pun sekadar duduk dirumah.

Sebelum ini, kami layan DVD sampai bosan. Sejak Astro dipasang, DVD terus berabuk. Tetapi macam bosan pula layan Astro.

Dalam tempoh dua bulan ini,

Rumah masih belum ada internet, TM lambat buat kerja, dah seminggu lebih apply masih belum ada feedback. Mereka cakap, kena que tunggu ada port kosong.

Tiada internet seperti tiada life bagi bro untuk mencari nafkah dari rumah.

Bicara Bro : Baru 2 bulan.

Ada lagi tempoh sehingga mati untuk ditempoh bersama sebagai suami isteri. Moga dipermudahkan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

46 thoughts on “Setelah 2 Bulan Mendirikan Rumah Tangga

  1. selama dua bulan ni mesti ada soklan makcik2 tanya..”dah ada isi ke belum, kan??”.. soalan wajib tu..

    erkk.. sebelum mandi tak bersabun & gigi x berberus ker?? hahahahahaha :D

  2. rasa macam baru je bro kahwin hehe semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat dan dipermudahkan..doakan Oshin bertemu pasangan jugak eh :D

  3. Hahaaa….2 bulan masih baru…untuk saling mengenali dan memahami,tolak-ansur…terus-terang,saling menghormati…petua bahagia. Teruskan berkasih-sayang sepanjang hayat….untuk kalian dari akak.

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *