Rebat PlusMiles Touch n Go

Hampir setahun menggunakan kad Touch n Go PlusMiles dari PLUS.

Baru pertama kali menebus rebat sewaktu ingin menambah nilai kad Touch n Go dekat kaunter Touch n Go dekat Petronas.

Kalau awek yang jaga kaunter tak tanya, pasti Bro tidak tahu pasal rebat yang selama ini Bro perolehi.

Sebab selama ini ianya macam automatik masuk setiap kali Bro menggunakannya di lebuhraya (kalau tak salah bro, sebab perasan nilainya bertambah)

Rebat 5% untuk penggunaan melebihi RM100 sebulan.

Mungkin berbaloi pada Bro yang merupakan pengguna setia PLUS setiap hari. Lagipun Bro selalu pulang ke Perak. Dan isteri pula orang Johor.

Memang lebuhraya PLUS menjadi penghubung kami sekeluarga.

Bicara Bro : Sejak menggunakan Touch n Go,

Pembelanjaan Bro agak terkawal, tak terasa sangat duit habis dan jumlah syiling dalam kereta dapat dikurangkan. Tapi terasa juga la bila nak tambah nilai RM50 atau RM100.

Tapi lagi terasa kalau bayar tol dengan duit kertas RM50. Selepas duit RM50 dipecah, confirm cepat je habis digunakan.