
Pinjamkan Duit Kepada Orang Dalam Kesusahan
Tak salah kalau kita pinjamkan duit kepada orang yang berada dalam kesusahan.
Tetapi salah buat-buat susah nak pinjam duit dekat orang dan buat-buat susah nak bayar balik.
Kalau setakat RM1 atau RM10 mungkin boleh dihalalkan.
Tetapi bagaimana jika RM50, RM100 atau lebih dari itu. Dan peminjamnya pula adalah orang yang kita baru kenali?
Pada diri Bro, jika dia betul-betul berada dalam kesusahan, Bro hanya mampu beri beberapa yang Bro mampu. Dan jarang sekali bro akan tuntut balik.
Kira halalkan sebab bro selalu bagi pinjam dalam jumlah yang tidak besar.
Tetapi masa Bro berikan Bro akan cakap “tak payah bayar. Hari ini hari kau, esok tak tahu hari siapa pula”
Teringat peristiwa yang baru berlaku minggu lepas, sewaktu Bro drive melalui lorong kecik. Ada satu bahagian kereta bro macam sempit nak lalu.
Ada seorang lelaki, berbangsa India tolong awasi dan bagi arahan kepada Bro untuk melalui lorong iti. Kemudian bro ucapkan terima kasih dan dia terus berlalu.
Selepas Bro parking kereta. Ternampak macam dia memohon sesuatu dari setiap orang yang dia jumpa. Nampak dia macam berada dalam kesusahan.
Bro datang hampiri dia, lalu bertanya.
Dia menjawap yang dia memerlukan duit untuk mengisi minyak kereta untuk pulang ke rumah. Bro hulurkan RM10 (itu je yang ada dalam poket bro waktu itu). Dia cakap, dia akan bayar balik dan minta no akaun Bro.
Bro bagitau, dia tak perlu bayar balik. Anggap ianya sedekah ikhlas sebab dia tadi ikhlas tolong Bro. Terus dia tunduk nak sujud dekat kaki Bro.
Bro cakap, tak perlu dia buat macam tue.
Hukum Karma itu ada, apa yang anda buat sekarang, pasti akan dibalas. Bila dan bagaimana, tiada siapa-siapa pun tahu.
Lalu dia berlalu dalam keadaan menangis.
Bicara Bro : Dalam hidup Bro, pernah pinjam duit dengan member sebab waktu itu Bro berada dalam kesusahan.
Dan Bro hanya mampu bayar secara ansuran.
Tetapi pelik bila ada orang pinjam duit, nak bayar ansuran pun susah. Asik cakap tiada duit, ianya seperti mendoakan diri sentiasa tiada duit.
Renung-renungkan.






Full Time Blogger, Travel + Lifestye Blogger
setuju bro… leeza sgt setuju… kalau nilainya mencecah ribuan, leeza x mampu pula nk memberi… hmmmm….
apa2pun yg penting ikhlas…
Siapalah yang mampu beri pinjam ribuan ringgit tanpa mengharap ianya akan dipulangkan kembali.
Bro Framestone recently posted..Elfaeza Ul Haq Sunyi Tanpa Keluarga
kadang2 bukan x nak bagi pinjam.. mula2, sikit… then 2nd, jumlah besar lak.. aik? makin berani pulak minta pinjam dalam jumlah besar. yang 1st td tu x bayar lagi.. dari situ je saya dah boleh agak org tu susah nak bayar. macam2 alasan bagi. tp cukup la, walaupun kawan, tp kena la jujur..
Bro jarang bagi orang pinjam buat kali kedua or ketiga jika yang pertama masih belum dibayar.
Memang ada perkara seperti ini berlaku. Apa yang kita boleh lakukan berfikiran positif walaupun sukar.
akubiomed recently posted..Ambil berat untuk berkongsi PRUkasih
Jika mampu berfikiran positif, baguslah kan.
bila dah pinjam sabaiknya kita bayarlah kan walaupun secara ansuran…
Kalau ramai orang yang mampu berbuat sedemikian.
Nie tidak, pinjam rm100 tetap nak tunggu ada rm100 baru nak bayar.
Setiap yg baik mesti ada balasannya…
harapnya macam itu, jika balasan itu bukan untuk bro. Biarkan ianya untuk orang disekeliling bro.
ramai yang pinjam senang tapi nak bayar balik liat bukan main.. cakap takde duit, takde duit.. memang apa yg dia cakap tu akan jadi doa..
Anarm recently posted..Lawatan ke Markas Ultimate Brilliant
He..23x begitu la keadaannya, ramai seperti mendoakan diri sendiri tiada duit.
Bro Framestone recently posted..Faizal Tahir Tidak Bersikap Lepas Tangan – Anas
terbaik.. Nurul setuju sgt.. Hukum karma..
Bro tiada hutang apa2 dekat Nurul kan
macam ku tahu jer situasi lorong sempit itu.. =)
Hang tau ek, bagus. Senyap je, sekadar perkongsian
kisah ni pernah terjadi pada diri ini, teringat kembali kenangan masa itu
Kisah yang mana satu tue ek, jika sudi kongsikan dan mampu dijadikan pengajaran pun ok je.
raksasa datang sini..tp xnk pinjam duit ngn bro
alamak, raksasa datang… Ultraman mana pula nie… Tolong firekan.
betul tu bro masa nak pinjam mulut manis, suruh bayar balik kena maki hamun..
kes maki hamun tue tak tahu la kenapa kan, mungkin mereka jenis yang cepat lupa diri kot.
saya plak bro kalau dah bg pinjam memang susah nak pi mintak balik…macam berat je mulut nak cakap dgn si peminjam…dgn harapan si peminjam sedar sendiri..
harapnya bukan den orang tu…
hope mu tidak tergolong dalam golongan ini ek boni
deno ada kawan baik.. keluarganya susah.. dulu masa sekolah menengah, kalau dia nak pinjam duit.. deno terus bagi je.. sbbnya deno sangat kesian kat dia.. skrg kami still bersahabat
dalam kes deno ini, kita sendiri tahu family dia memang susah. Tak salah kalau kita nak tolong.
Nie kes, duit xde nak bayar hutang. Tapi dok makan sana sini pergi sana sini siap update dekat fb, pelik x?
susah r bro, ramai dok pikir nak survive now, not tomorrow n tomorrow-tomorrow~
ini baru hubungan dengan manusia belum lagi hubungan dengan Allah swt
Orang yang pinjam duit ni memang susah nak cari yg betul2 bayar on time.Lagi satu jenis yang buat dek tu yang payah tu.
Sebab itu kot syarikat ah long tumbuh bagai cendawan.
Siap ada banyak jawatan ditawarkan – tukang tetak orang, tukang simbah cat etc
pernah juga beri orang pinjam duit.. ada juga duit yang diberi pinjam tu tak dibayar semula. dalam hati redha jela. kalau kita meminta ibarat kita pula seperti nak menagih..
pendapat saya lah, beri pinjam tu boleh. tiada masalah pun.. memang perkara yang baik. Tapi jika kita selalu buat macam tu lama2 nanti kepala kita yang dipijak..
tengok kes..kadnag2 bagi pinjam sebab dia terdesak..tak minta dia bayar tapi minta dia ingat..
yang paling sakit hati, lepas pinjam dia cari gado lak ngan kita .. waaaa…
bab pinjam ni. susah nak cakap. senang cerita..kasi halal aje.
ohcikgu recently posted..Kamu Saja – Ainan Tasneem Official MTV HD
assalamulaikum bro…yang penting keikhlasan hati kita tu…:)
yep.. btol tu bro… Kalau kita dah tau kita pinjam duit org tu, kita kena cepat2lah usahakan untuk pulangkan balik pinjaman kita tu..
bro, nak pinjam rm10 jugak la.. he he