April 18, 2024

5 Perkara Perlu Dielak Pada Temujanji Pertama

Pasti ada dikalangan anda berdebar-debar dan tidak tahu apa yang perlu dibuat pada temujanji mereka yang pertama. Dalam bahasa english = First Date.

Bagi mereka yang sudah biasa mengayat atau mengorat, mungkin tiada masalah. Sebab itu ada kes kali pertama berjumpa sudah berakhir diatas katil (ayat apa lah yang dorang pakai)

Tang itu, Bro tak berani nak cakap apa-apa.

Disini, Bro ingin kongsikan 5 perkara yang perlu anda elak pada temujanji pertama anda.

1 – Jangan gementar

Elakkan perasaan gementar anda diketahui oleh si dia. Tarik nafas, dan mulakan bicara dengan keadaan tenang. Tak perlu nak gelabah.

Bagi mengelakkan tangan anda mengigil sewaktu bersembang, pastikan tangan anda memegang sesuatu. Atau anda sentiasa menggerakan tangan sewaktu bercakap (jangan terover gerak, risau ada yang ke hospital akibat gerakan tangan anda)

2 – Jangan terlalu kedekut

Jangan terlalu kedekut sekiranya anda nak belanja si dia makan. Jangan pula sekadar belanja roti canai dan air kosong je.

Jika anda tiada duit, berpada-pada ketika keluar berdua buat kali pertama. Jangan terover pula bila berbelanja.

3- Jangan berbual tentang bekas kekasih

Jangan sesekali menceritakan tentang bekas kekasih anda. Paling penting jangan bandingkan si dia dengan bekas kekasih anda.

Ianya akan membuatkan si dia tidak selesa dan rasa seperti anda cuba meraih simpati dari dia.


Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

4- Jangan Berpura-pura

Jangan berpura-pura yang anda adalah seseorang yang sebenarnya bukan diri anda.

Contoh jangan nak berpura-pura mengatakan anda businessman ada 2-3 projek sedang berjalan. Sedangkan kenyataannya anda seorang businessman yang tiada business lansung.

Ataupun jika anda sudah berkahwin, tetapi anda berpura-pura mengaku bujang he..23x

5- Jangan terlalu mengharap

Jangan terlalu mengharap pada pertemuan pertama. Mungkin tiada pertemuan seterusnya he..23x #foreveralone

Jangn fikir pada pertemuan pertama dia akan jatuh hati pada anda, mungkin dia akan berubah hati (siapa tahu) So jangan sesekali berangan dan berceritakan pada dia yang anda ingin ada hubungan serius dan mendirikan rumah tangga dengan dia.

Bicara Bro : Bro kurang berminat dengan first date.

Kecuali jika ianya bukan sesuatu yang dirancang dan ada agenda yang tersembunyi :)

Kredit muka kepada BoniKacak dan Siezuka.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “5 Perkara Perlu Dielak Pada Temujanji Pertama

  1. terima kasih bro.
    Kebetulan, sha pun ada buat entri macam ni juga. Pasal first time date. Jemput singgah blog.
    Komen2 tambah ilmu apa yang patut, al maklumlah saya masih dalam date2 ni. Hehe.

Leave a Reply to Ladfe Amir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *