March 19, 2024

Penampilan Sebagai Blogger

Penampilan sebagai seorang blogger perlu dijaga.

Penampilan bermula dari pelbagai keadaan. Ada yang memandang penampilan dengan cara kita berjalan, berbicara dan berpakaian.

Blogger tak semestinya hanya duduk didepan komputer sahaja. Ada sahaja Blogger yang perlu tampil dikhalayak ramai dan berjumpa dengan orang-orang tertentu.

Pada Bro yang merupakan blogger sepenuh masa, gaya dan penampilan lebih diutamakan (walau kadangkala Bro berpakaian simple – mengukit majlis dan jemputan yang diterima)

Gaya berpakaian menampakan ketrampilan diri seseorang. Tak perlu berpakaian mengikut trend, asalkan ianya bersesuaian dengan aktiviti yang kita hadiri.

Macam Bro, sejak di bangku sekolah sehingga ke zaman Universiti dan zaman berkerjaya. Berbagai lapisan masyarakat bro temui.

Sejak menjadikan blogger sebagai kerjaya, lagi banyak pihak yang bro temui dan ramai yang mengenali diri bro. Penampilan perlu dijaga, bila ramai mengenali diri kita.

Mungkin ada yang menjadikan kita sebagai role model pada mereka. Siapa tahu kan?

Dari segi berbicara, penggunaan bahasa yang bersesuaian terutama berbual dengan pihak yang mempunyai pangkat. Jika nak gunakan bahasa rojak, pastikan sebelah pihak memahami apa yang ingin anda sampaikan.

Yang penting, jangan sesekali membicarakan isu sensitif bagi mengelakkan sebelah pihak tidak selesa berbual dengan anda.

Kredit gambar : Hazman Fadzil

Bicara Bro : Ramai pembaca lebih mengenali blogger yang mempunyai gaya penampilan dan rupa selain mereka yang mempunyai penulisan yang seronok dibaca.

Bro blogger yang mana satu ek?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

36 thoughts on “Penampilan Sebagai Blogger

    1. Kena prepare. Macam Bro memang ada, cuma selama ini Bro tinggalkan dikampung halaman.

      Sejak berkahwin, kebanyakan pakaian di kampung dah transfer bawa ke KL. Sebab itu ada, cuma saiz kena adjust sikit lepas nie

  1. lu tak hencem tapi manis ada.. har3.. gurau2
    betul.. penampilan biarlah harus mengikut kesesuaian
    majlis. Jgn ler nak hadir acara bersukan pakai kasut
    tinggi plak..

    Lu kategori blogger happinest

  2. assalamualaikum bro…betul tu penampilan diri mmg perlu dijaga agar menrik sentiasa n sedap mata yg memandangnya…:)

Leave a Reply to hairulafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *