April 19, 2024

Pameran Taman Nurani Di Galeri Petronas

Pameran mengenai “Taman Nurani” telah dibuka untuk tontonan orang ramai di Galeri Petronas, Suria KLCC bermula dari 4 Disember 2012 hingga 17 Februari 2013.

Pameran ini menampilkan 56 karya seni kontemporari Islam bagi menyampaikan betapa mantapnya pengaruh Islam dalam kerja seni Malaysia.

Ianya juga bertujuan mengetengahkan keindahan dan kekayaan karya seni Islam yang dihasilkan oleh 25 orang pelukis terkenal seperti Syed Ahmad Jamal, latif Mohidin, Omar Basaree, Khatijah Sanusi, Sharifah Fatimah Syed Zubir, Raja Zahabuddin, Husin Hourman, NIzar Kamal Ariffin dan lain-lain.

Dengan tema “Nafas Keislaman Dalam Seni Kontemporari Malaysia”, ianya sebahagian dari usaha Petronas untuk membangkitkan kesedaran dan pemahaman terhadap kemajuan seni kontemporari Malaysia yang menggabungkan seni Islam sebagai pengaruhnya.

Boleh dikatakan pada setiap karya yang dipamerkan, Bro menghabiskan masa diantara 5 – 10 minit menghayati makna tersirat disebalik karya yang dipamerkan.

Ada beberapa karya terpaksa Bro minta pendapat dari mereka yang lebih pakar untuk mengolah untuk memudahkan Bro memahami makna disebalik karya yang ingin disampaikan.

Pameran ini terbahagi kepada empat kategori

  • Motif Budaya dan Tradisi : Kesinambungan Tradisi dalam Seni Kontemporari
  • Lanskap : Cerminan Kebesaran Tuhan
  • Khat : Transformasi Gaya dalam Seni Kontemporari
  • Abstrak : Manifestasi Kerohanian

Galeri petronas dibuka pada hari Selasa hingga Ahad (Isnin tutup) dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi mereka di talian 03-2051 7770 atau layari galeripetronas.com.my

Kredit gambar buat dkna.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Pameran Taman Nurani Di Galeri Petronas

Leave a Reply to abangkhai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *