April 25, 2024

Minyak Dagu – Pembuka Filem Seram Tahun 2013


Minyak Dagu menjadi filem pembukaan tahun 2013 untuk kategori filem seram arahan Azahari Zain.

Beliau sebelum ini pernah hadir dengan filem-filem seram seperti Santau, Mantra, Flat 3A dan Keramat mampu menyampaikan sesuatu diluar imaginasi anda.

Filem ini turut dibarisi oleh Yana Samsudin, Fezrul Khan dan Fizo Omar yang berjaya menjiwai watak sehinggakan Bro sendiri rasa nak mengamuk je tengok lakonan mereka.

Babak yang mana? Korang saksikan nanti untuk merasai sendiri babak lakonan mereka.

Sinopsis Filem Minyak Dagu

Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang tidak berpuas hati dengan bekas tunangnya Emelda, yang kembali semula kepada kekasih lamanya, Johan.

Perkara ini memberi tekanan jiwa kepada Azman yang juga tengah menghadapi masalah dengan prestasi kerjaya. Beliau mengesyaki Johan telah menggunakan minyak dagu untuk merampas Emelda dari beliau.

Keadaan Emelda parah selepas beliau dinikahkan dengan Johan. Beliau seperti dirasuk dan seperti orang kurang siuman. Beliau sentiasa mencari Azman apabila tersedar. Ini menyebabkan Johan mengamuk dan merantai Emelda di rumah.

Bagaimana pun keluarga Azman pula diganggu oleh lembaga perempuan tersebut.

Keadaan menjadi semakin teruk bila si pengguna minyak dagu ini terlanggar pantang menyebabkan penjaga minyak dagu inginkan darah si pengguna dan orang yang dia sayang.

Antara pantang-pantang yang perlu diamalkan oleh si pengguna adalah:-

  1. Jangan sesekali membawa minyak dagu ke dalam rumah sendiri.
  2. Jangan menyeberangi sungai atau laut
  3. Jangan menziarahi kematian.

Satu satu dari pantang ini telah dilanggar oleh si pengguna menyebabkan keadaan Emelda makin parah dan untuk meredakan keadaan, beliau perlu mendapatkan kembali minyak dagu yang beliau tanam di depan rumah. Malangnya minyak dagu tersebut tiada di situ.

Apakah yang bakal terjadi kepada Emelda? Dan siapakah si pengguna Minyak Dagu tersebut?

Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran anda pada 3 januari 2013.

Trailer Filem Minyak Dagu

Pendapat Bro Framestone Mengenai Filem Minyak Dagu

Seperti hasil karya Azahari Zain sebelum ini. Filem Minyak Dagu agak menarik untuk ditonton sebagai filem bergrence seram. Kandungan didalamnya agak terkawal dan tidak keterlaluan.

Tujuaan asal filem ini untuk mengetengahkan satu kepercayaan iaitu menggunakan minyak dagu untuk membuat perempuan yang disukai tergila-gilakan si pengamalnya.

Bagaimana pun plot dihujung cerita agak kurang menarik dan tidak mampu memuaskan hati penonton. Mungkin perlu pilih plot yang selebih sesuai untuk dijadikan klimak kepada filem ini.

Apa-apa pun filem ini mampu buat beberapa orang dalam pawagam semalam melatah terkejut.

Bicara Bro : Walaupun amalan ini kurafat, tetapi masih ramai yang mempercayainya dan menggunakannya untuk tujuan yang tidak baik terutama untuk membalas dendam sekiranya cinta mereka tidak berbalas.

Maka berhati-hatilah perempuan diluar sana sekiranya ingin menolak cinta dari lelaki lain.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Minyak Dagu – Pembuka Filem Seram Tahun 2013

  1. semalam dah tg treller movie nih..
    oklah lain dari yg lain..

    mengharapkan agar cerita ini mendapat ikribar
    kepada mereka yang gemar mempercayai kurafat…

Leave a Reply to Melastik Bintang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *