Hujung minggu diawal tahun baru,

Bro berkesempatan mendekati karya islamik di Galeri Petronas, KLCC.

Sebenarnya tak terplan nak kesana. Bro memang ada di KLCC untuk menguruskan beberapa urusan dekat Maxis. Kemudian ada temujanji dengan Blogger DKNA tetapi dia tersangkut dalam jem.

Bosan sangat menunggu, terbaca instagram blogger Deq Noor mengatakan dia sedang berada di Galeri Petronas, KLCC.

Tanpa melenggahkan masa, terus call mak datin yang susah nak jawap call ini.

Rupanya bukan dia sahaja ada disana. Ada beberapa blogger juga disana, termasuk DKNA. Oh, korang berkumpul tak inform bro ek.

Akibat merajuk, bro cuba luahkan perasaan dengan memandang karya islamik sensorang sambil tunggu orang amik gambar.

Terima kasih kepada Akulah Pak Lan untuk gambar diatas.

Buat masa sekarang,

Terdapat pameran “Taman Nurani” di Galeri Petronas, Aras 3, Suria KLCC dari 4 Disember 2012 hingga 17 Februari 2013.

Dibuka dari hari Selasa – Ahad dari pukul 10 pagi hingga 8 malam. Isnin tutup. Masuk adalah PERCUMA.