5,396,077 total views, 5,679 views today

Melakukan Sesuatu Yang Mustahil Dalam Kehidupan

Huawei Melompat Lebih Tinggi

Teringin nak melakukan sesuatu yang mustahil dalam kehidupan.

Mencabar kemampuan diri sendiri dan menyatakan bahawa anda boleh membuatnya walaupun orang lain memandang rendah anda.

Dalam kehidupan Bro.

Pernah beberapa kali bro berusaha untuk meningkatkan kualiti diri dari nobody to somebody.

1- Seorang kaki bangku menjadi ahli sukan.

Dulu keluarga Bro lebih suka bro fokus pada pelajaran dari bersukan. Mungkin sebab itu ramai rakan-rakan mengelarkan Bro – Kaki Bangku sebab mereka sendiri tidak pernah nampak Bro bermain bola.

Waktu pendidikan jasmani, Bro lebih suka buat aktiviti sendiri.

Mungkin tersalah masuk Sekolah Menengah (sekolah yang hebat dalam sukan), bro mula berjinak dengan sukan. Dari bermain bola (pernah juga score untuk kelas) sehinggakan jadi atlet negeri dalam beberapa sukan (memanah, silat dan boling padang)

Pernah terpilih untuk jadi olahraga sekolah untuk sprinter (100m & 200m) tetapi terpaksa lepaskan akibat kecederaan pada tapak kaki yang masih kekal hingga kini.

Talk jemputan UiTM Shah Alam

2- Seorang yang senyap menjadi penceramah.

Dulu Bro seorang yang susah nak bercakap walaupun bersembang dengan rakan. Mungkin tersalah masuk Sekolah Menengah (salahkan sekolah lagi) dan tinggal diasrama, bro mula bercakap dengan rakan-rakan.

Seorang yang dulu tidak tahu berkomunikasi dengan orang kepada orang yang pandai berinterasi. Tidak kira mereka ahli politik, menteri mahupun ahli perniagaan. Tidak kira dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

Dari seorang yang malu bercakap dikhalayak ramai kepada orang yang boleh berucap dan memberi ceramah kepada orang ramai.

3- Seorang yang dipimpin kepada pemimpin.

Bro dulu tidak tahu nak buat keputusan sendiri, semuanya ikut kehendak keluarga mahupun kawan. Mungkin sebab keluarga Bro nie agak garang dengan Bro kot.

Start menyertai pengawas sekolah sebagai orang bawahan sehingga diberi kepercayaan untuk memimpin badan pengawas (walaupun jawatan biasa-biasa) dan menjadi pengawas yang disenangi oleh junior.

Sehinggakan menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti dengan kemenangan besar walaupun dinyatakan oleh penganalisis politik waktu itu, Bro bukannya calon pilihan dan akan kalah.

Waktu itu, Bro berjaya yakinkan mereka dengan kemenangan lebih separuh kerusi dibawah pengaruh Bro berbanding calon-calon lain yang bertanding.

4- Sanggup berhenti kerja kerajaan untuk mengejar impian

Bro dulu berkerja dengan kerajaan.

Sanggup berhenti kerja untuk mengejar impian walaupun pernah tersungkur beberapa kali.

Sekarang menjadikan blogging sebagai satu kerjaya. Ramai yang memandang rendah, tetapi Bro mampu membuktikannya walaupun bukan dengan wang ringgit.

Ada yang bertanya, “Siapakah Bro yang sebenarnya?”

Dia pelik kerana Bro ada dimana-mana event, dijemput menjadi penceramah dan pernah masuk tv. Oh, Bro hanyalah seorang blogger :)

Iman Sazali Tok Kadi Nikah Broframestone 2

5- Seorang yang gementar kepada berkeyakinan tinggi.

Dulu Bro sendiri seorang yang ada darah gemuruh (waktu sekarang pun masih ada juga) cuma bro usaha untuk menampakkan diri sebagai seorang berkeyakinan tinggi.

Teringat lagi waktu akad nikah.

Sepanjang malam tak lena Bro tidur. Beberapa jam sebelum majlis akad, family tengok Bro macam tidak terurus. Kehulu kehilir berjalan dan tak reti nak duduk diam.

Waktu nak akad, Tok Kadi siap tanya lagi awat tangan sejuk je, aircond bukan pasang pun. He..23x kena perli dengan Tok Kadi waktu itu.

Tak sangka waktu dinikahkan, Tok Kadi sentap tangan waktu diakadkan. Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi milik Bro (gila terkejut waktu itu)

Alhamdulillah

6- Seorang yang kurus kepada gemuk

Point ini tak beberapa penting sangat.

Dulu Bro mempunyai masalah berat badan. Hanya sekitar 41-43 kg, tidak sesuai untuk menderma darah (walaupun dalam hati dok kata “saya takut jarum”)

7 tahun tinggal diasrama, siap makcik dekat dewan makan cakap, “6 tahun aku masak dan bagi mu makan, tak gemuk-gemuk juga budak ini” (6 tahun makcik ini jadi tukang masak dekat asrama)

Bro usahakan naik berat badan sampai ke 65kg dan pernah jatuh 10kg dalam masa 2 minggu akibat sakit.

Dan sejak berkahwin ini, berat badan sudah mencecah 80kg. (hati senang kot)

Seronok tengok video diatas ini.

Ada tak benda yang anda rasa teringin nak buat selepas menonton video ini?

Kalau diikutkan banyak benda yang mustahil ingin bro lakukan. Buat masa sekarang, Bro hanya ingin tumpukan kepada keluarga Bro sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Responses to Melakukan Sesuatu Yang Mustahil Dalam Kehidupan

  1. pipoq says:

    teringin nak free fall skydiving..hehehe..

  2. Travel-Zoom says:

    teringin nak pusing satu dunia….

  3. zuan says:

    impress ngan dari tak bnyk ckp ke penceramah.. memang impress kat situ..huhu

  4. Banyak sgt impian..smpi tak tau nk realisasi yg mana satu dulu :)

  5. dkna abza says:

    kita yang mengcungkil kelebihan diri sendiri dengan usaha sendiri :)

  6. maszull says:

    assalamualaikum bro…semoga bro akan terus berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi…:)

  7. akubiomed says:

    Saya punyai ramai kawan-kawan yang berjaya. Ketika sama satu kolej tak nampak pula bakat mereka tetapi tak sangka apabila terjumpa sudah berjaya mereka ini.
    akubiomed recently posted..Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013

  8. Datin Tyka says:

    proud with you bro…

  9. wanny naddy says:

    mmm cmne nk jadi mcm bro ye? sy ni pendiam, penakut, tak yakin pada diri sendiri. tp,,,guess what? i’m a teacher now! mgkin ni cara Allah nk bg saya spya yakin pd diri. huhu. kt skolah, klau diberi tugas handle perhimpunan, plg taknak. tp, ada berangan jugak nk bercakap di dpn khalayak ramai…hmmm cmne tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge