You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Filem Juvana – Penyangak Bukan Selamanya Penyangak

17,437,127 total views, 982 views today

Filem Juvana – Penyangak Bukan Selamanya Penyangak

Filem Juvana telah ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia bermula 24 Januari 2013.

Filem ini merupakan kesinambungan  daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011.

Ianya masih lagi mengekalkan watak yang sama, dengan memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup.

Begitu juga dengan kisah Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya.

Kejayaan drama bersiri Juvana yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di hati penonton sehingga berjaya mencipta rating yang tinggi di TV3 mencetus fenomena tersendiri.

Filem Juvana masih lagi mengekalkan pengarah yang sama iaitu Faisal Ishak dan beberapa pelakon asal versi drama seperti Zahiril Adzim, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Idzham Ismail, Adam Shah, Megat Farzeril dan Khairul Mohamed.

filem juvana botak

Dalam masa yang sama, terdapat pelakon baru yang membintangi filem aksi ini seperti Sharnaaz Ahmad, Syafie Naswip, Shera Aiyob, Adlin Aman Ramli dan Sara Ali.

Anda juga dapat melihat perkembangan karakter watak-watak pelajar Juvana tersebut yang lebih berkembang dari drama.

Sinopsis Filem Juvana dari Bro Framestone.

Kita sedia maklum dari drama sebelum ini bahawa Sekolah Wira Bakti ditutup.

Semua pelajarnya dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka.

Botak Filem Juvana

Disana mereka bertemu dan menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.

Lan Todak merupakan abang kepada rakan mereka yang mati akibat overdost (anda kena recall dari drama Juvana sebelum ini). Lan Todak tidak menyukai adiknya sendiri dan membencikan budak dari Sekolah Wira Bakti kena mereka membuatkan dia teringat pada arwah adiknya.

Lan Todak dari masa ke semasa mencari masalah untuk memastikan tempoh tahanan mereka dilanjutkan. Ini membuatkan Botak menghasut Apek untuk memberontak sehinggakan Apek dinorbatkan sebagai ketua samseng di sekolah itu.

Bagaimanapun ini semua merupakan rancangan Lan Todak sebelum melakukan rusuhan di sekolah tersebut.

Apakah yang bakal terjadi kepada Botak dan rakan-rakannya. Bagaimana pula dengan kehidupan Daim selepas keluar dari sekolah Juvana?

Trailer Filem Juvana

Review Filem Juvana dari Bro Framestone.

Pada pendapat Bro, Filem Juvana ini berjaya membawa aura dari drama mereka sebelum ini.

Mungkin bagi mereka yang tidak mengikuti drama mereka sebelum ini, perlu mengambil masa untuk memahami beberapa babak dalam filem ini yang memerlukan penonton flashback sendiri dari drama mereka.

Jika tidak, pasti anda tidak faham kenapa watak ini macam ini dan kenapa dia buat macam itu.

Sharnaaz Ahmad Filem Juvana Lan Todak

Tetapi watak Lan Todak berjaya dibawa oleh Sharnaaz Ahmad dan membuatkan watak Botak tidak cukup samseng didepannya. Dalam masa yang sama membuatkan penonton rasa menyampah dan bengang dengan tindakan Lan Todak yang dianggap terlalu psyco untuk menghapuskan budak Wira Bakti.

Tahniah buat pengarahnya kerana berjaya menyampaikan mesej dimana “Penyangak, bukan selama-lamanya menjadi penyangak”.

Jangan lupa untuk saksikan filem ini dipawagam berhampiran anda.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Filem Juvana – Penyangak Bukan Selamanya Penyangak

  1. Arwah bapa saya dahulu bekerja sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat. Arwah bapa pernah hantar beberapa pesalah juvana ke Kuala Lumpur. Selalu juga pesalah juvana ini bersama satu kereta denga keluarga kalau setiap kali ke KL tanpa gari.

    Tak ada pula mereka ini melarikan diri atau mengapa-apakan kami kalau mereka mahu cuma mereka ini tidak mendapat cahaya kebenaran dan tesesat. Alhamdulillah hubungan kami baik termasuk ahli keluarga mereka. Berilah mereka peluang untuk membaiki diri dan menginsafi apa yang telah berlaku. Masyarakat cepat menghukum mereka dan cop sebagai penjenayah selamanya.

  2. suka gila juge tengok drama dia dulu..tapi bro kata ending cam hanging sebab maybe ada sambungan membuatkan outus harap sket nak tengok… mesti x brape nak puas hati nanti..haiishh

Leave a Reply

Top