March 29, 2024

Cara Jumper Bateri Untuk Start Kereta

Jumper bateri kereta

Kereta tidak boleh start.

Bila kunci pada kedudukan “On”. Lampu pada dashboard tidak menyala. Bila kunci diputarkan untuk “start” kereta. Hanya sekadar bunyi seperti pemetik api.

Itu maknanya kereta anda menghadapi masalah bateri.

Apa yang anda perlu buat?

Panik seketika dengan update status di facebook dan twitter. Insya’lah akan ada yang bagi panduan dan tip apa yang anda perlu lakukan.

He..23x

Perkara ini selalunya berlaku akibat bateri kereta lemah. Tiada kaitan dengan minyak habis (kecuali sewaktu anda “start” kereta meragam tak nak “start”).

Solution terbaik, anda perlu buat jumper pada bateri anda (korang bayangkan aksi orang yang tengah nazak kena jumper dekat hospital pada dadanya untuk memastikan jantungnya masih lagi berfungsi)

Perkata pertama anda perlu ada kabel jumper seperti dalam gambar diatas (harganya kurang pasti – tetapi boleh pakai banyak kali selagi tak hilang). Dan juga bateri kereta yang masih berfungsi dengan baik.

  1. Kabel merah anda perlu sambung pada panel positif (+) pada kedua bateri kereta anda dan bateri kereta lagi satu.
  2. Kabel hitam anda perlu sambung pada panel negatif (-) pada kedua bateri kereta anda dan bateri kereta lagi satu
  3. Pastikan enjin kereta (kereta lagi satu) dalam keadaan hidup.  On switch kereta anda (on sahaja, jangan start, untuk bagi masa bateri kereta anda charging).
  4. Biarkan beberapa minit. Kemudian baru start kereta anda.
  5. Sewaktu start, pastikan anda berdoa agar ianya hidup.

Selamat mencuba :)

Jika tidak boleh dan kereta gagal dihidupkan? Kereta anda perlu tow ke bengkel berdekatan atau bengkel yang biasa anda berurusan.

Sekirannya kereta hidup, kemudian kereta tidak boleh dihidupkan lagi pada hari itu. Anda hanya perlu sediakan duit atau pengerasnya.

Mungkin ada masalah pada bateri dan anda perlu tukarkan kepada yang baru.

Jika bateri anda baru ditukar dalam masa kurang setahun, anda boleh mintak ganti rugi pada bangkel yang menjual bateri sebelum ini kepada anda.

Atau mungkin alternator kereta anda perlu ditukar dimana ianya gagal untuk “charging bateri anda sewaktu digunakan”

Bicara Bro : Dalam masa yang sama anda perlu ambil peringatan,

Jangan sesekali pasang aircond atau lampu dalam tempoh masa yang lama tanpa menghidupkan enjin kereta.

Jangan bajet pandai tidur dalam kereta dengan mematikan enjin kereta dan menghidupkan aircond.

Kredit gambar dan tips dari Faizal Rahman

Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Ini fakta yang berlaku depan mata saya sendiri. Kebanyakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kereta mereka berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri.

Tak pepasal, kopak lagi duit dekat situ.

Mungkin sudah tiba masa untuk anda belajar cara penjagaan dan selenggara kereta anda sendiri. Tetapi bagaimana? Dapatkan 50 Tips Penjagaan Kereta ini.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Cara Jumper Bateri Untuk Start Kereta

  1. dalam keta abah deno ada alat tu.. abah selalu simpan dlm keta.. kdg2 kalau terjumpa keta org yg abis bateri, mesti abah tlg.. penting kan alat tu dlm keta :)

  2. assalamualaikum bro…mama pun pernah kena mcm tu hubby terpaksa panggil kwn utk buat jumper…bila dah hidup sahlah bateri yg dah x elok terpaksa la ganti yg baru …bila dah ganti baru baik balik pd sediakala…

  3. salam.. aiza baru je kena ahad minggu lepas.. mula2 kena panik juga la.. alhamdulillah abang ipar&jiran tolong buat jumper tu.. dan selamat tukar bateri baru..

  4. Bro,

    Saya guna bateri free maintainance. Dah sebulan tak start enjin dan tak pakai kereta. Smlm try start tapi tak boleh. Tak bunyi langsung. Pastu gi charge bateri tu dalam 4 jam. Pastu pasang bateri dan boleh dihdup. Pagi ini nak start tak boleh pulak. Kenapa erk? Boleh jawap melalui email kepada saya? TQVM

Leave a Reply to hairulafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *