April 19, 2024

Aplikasi WeChat untuk Pengguna BlackBerry

WeChat for BlackBerry

Pengguna BlackBerry sekarang boleh menikmati keseronokan menggunakan aplikasi WeChat yang sebelum ini banyak digunakan pada platform iPhone, Android dan Window Phone.

Buat masa kini, WeChat merupakan salah satu aplikasi sosial yang popular dikalangan pengguna smartphone.

Dan ianya tidak terhenti disini.

Dimana hari ini, mereka secara rasminya telah melancarkan aplikasi ini bagi pengguna BlackBerry. Maka selepas ini, anda sendiri boleh berWeChat dengan rakan-rakan anda yang menggunakan BlackBerry.

Jom kita lihat apa yang terkini pada WeChat versi 1.0.2 untuk BlackBerry :-

  •  Anda boleh berbual dengan pantas, dimana mesej yang dihantar dan diterima pada waktu sebenar (Bukan delay) walaupun berbeza platform.
  • Anda boleh menghantar mesej suara kepada rakan anda
  • Anda boleh menggunakan fungsi “group chat”
  • Berkongsi gambar dari album gambar atau gambar yang anda tangkap.
  • Boleh ajak rakan BBM anda ke WeChat.

Nantikan perkembangan terkini dan fungsi-fungsi menarik yang bakal ada untuk pengguna BlackBerry.

Info lanjut anda boleh layari BlackBerry World

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “Aplikasi WeChat untuk Pengguna BlackBerry

Leave a Reply to Datin Tyka Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *