March 29, 2024

20 Perkara Pelik Blogger Malaysia

Mini Forum Sepetang Bersama Blogger Denai Hati

Jika anda merupakan blogger dari Malaysia,

Disini terdapat satu artikel yang mengambarkan beberapa perkara pelik yang terdapat dalam kalangan Blogger Malaysia.

20 Perkara Pelik Blogger Malaysia

  1. Mahu trafik tinggi, tetapi tidak berusaha untuk menjadikan blog mampu menjana trafik.
  2. Ingin blog mesra SEO, tetapi blog tidak guna template mesra SEO.
  3. Mahu blog dikenali ramai, tetapi tidak mempromosikannya.
  4. Blog menjana pendapatan lumayan, tetapi tiada produk yang dipasarkan.
  5. Ingin blog mempunyai ramai follower dan pengikut, tetapi dia sendiri tidak follow atau ikut blog orang lain.
  6. Mahu blog kelihatan menarik, tetapi tidak ambil peduli pandangan blogger lain.
  7. Ingin tingkatkan ranking blog dalam Alexa, tetapi tak faham apa itu Alexa Ranking.
  8. Blog mahu berada dalam kedudukan Google Pagerank tertinggi, tetapi tidak berusaha untuk bina backlinks berkualiti.
  9. Ingin jadi blogger popular, tetapi blog tidak dipopularkan.
  10. Mahu mendapat iklan Advertorial di blog, tetapi tidak pernah sokong atau join event yang dibuat oleh penganjur produk.
  11. Ingin jadi seperti Redmummy atau Ben Ashaari, tetapi tidak pernah mahu dengar nasihat dari mereka.
  12. Mahu berinteraksi dengan pembaca, tetapi ruang komen tidak mesra. Jika ada, tidak pernah membalas komen mereka.
  13. Komen mahu banyak di setiap entri, tetapi tidak pernah tinggalkan komen berkualiti di entri blog orang lain.
  14. Mahu blog kelihatan seperti blog profesional, tetapi tiada nilai profesional dalam menulis blog.
  15. Ingin blog yang cantik dan menarik, tetapi tidak mahu belajar untuk menghasilkannya sendiri.
  16. Mahu benda percuma tetapi tidak pernah berikan kepada orang lain secara percuma – contoh: Trafik dan Promosi.
  17. Tidak suka blog kena copy-paste, tetapi ada entri yang anda buat adalah entri copy-paste.
  18. Mahu dihormati dalam dunia blog, tetapi tidak tahu menghormati blogger lain.
  19. Ingin menjadi blogger Malaysia yang hebat, tetapi tiada ciri Malaysia pun dalam blog!
  20. Ingin menjadi blogger yang berjaya, tetapi tidak sudi untuk menjadikan blogger lain berjaya!

Gambar : Sekadar Hiasan | Kredit Artikel : 20 Perkara Pelik Blogger Malaysia

Boleh dikatakan apa yang dikongsikan oleh beliau ada benarnya. Mungkin ada beberapa perkara ada kaitan dengan Bro.

Tak sangka selama ini, Bro tak cukup pelik.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda memenuhi karteria pelik ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

40 thoughts on “20 Perkara Pelik Blogger Malaysia

  1. bro aku sokong!Tapi yang no.13 tu memang hampeh la.kadang2 aku faham bilamana readers atau blogger bz, so drop komen pon singkat2 je.tapi bila acapkali komen yang sama ye yang diterima.. sah2 dia buat komen copypaste hoho

    komen yang tipikal dan paling mudah la aku bagi contoh ‘goodluck’,’nice info”tq sharing’.Seyes pada aku, tak komen pon takde.Entah dorang baca full entry ke idak tu uhuk3 :)

  2. bro, time bukak blog ni skrin saya jadi blank, yang ada terpampang cuma perkataan ni..

    “in /home/broframe/public_html/wp-includes/functions.php on line 316”.

  3. As-Salam. Mamat baju merah tu memang pelik, orang lain dok serius, dia leh bantai senyum lak .. hahahhaa… bang iwan baju batik ..sempoi.

    Oh ya, terima kasih kerana memberikan backlink!

  4. Selalu terjadi kepada newbie masih tercari-cari identiti dan niche blog. Kalau melalui pembacaan, sudah ada niche dan startegi tersedia seawal perancangan membuka blog.

  5. saya sokong yang NO. 10 tuh bro, hehehe, tp bro kebanyakkan event kat KL dan Selangor jer. Macam den yang dok utara aka Penang ni ada ka bro. Ker den terlepas pandang

  6. Bloger, cakap jer lebih, tapi tindakan takder.. tak puas hati sanalah , sinilah, asyik tau nak komplen jer, meracun minda rakyat.

Leave a Reply to Man Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *