You are here
Home > Bersama BroFramestone > Travel Blogger – Platform Mempromosikan Produk Pelancongan

17,432,454 total views, 119 views today

Travel Blogger – Platform Mempromosikan Produk Pelancongan


Menjadi Travel Blogger merupakan salah satu impian Bro pada tahun 2012.

Semuanya bermula sewaktu Bro menghadiri Malaysia International Tourism Bloggers Conference 2012.

Banyak maklumat dan pandangan Bro terima yang berkaitan dengan mempromosikan pelancongan menggunakan platform Blog.

Tetapi kebanyakan blogger yang terlibat, banyak mempromosikan pelancongan diluar negara berbanding dalam negara. Dan ini mengurangkan maklumat di internet mengenai tempat pelancongan di Malaysia.

Mungkin peluang yang diterima oleh blogger berkaitan dengan memperomosikan pelancongan keluar negara berbanding dalam negara.

Bro sendiri dapati, pihak tertentu tidak cuba mempromosikan tempat pelancongan di Malaysia kecuali lebih mengutamakan produk pelancongan mereka sendiri sedangkan produk pelancongan yang mereka boleh perkenalkan lebih meluas.

Itu menyebabkan ramai pelancong macam kurang berminat menggunakan perkhidmatan mereka (contoh : penginapan, maklumat lokasi tidak lengkap, aktiviti yang kurang menarik)

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Terima kasih Bro ucapkan kepada pihak Air Asia kerana sudi menaja Bro selama seminggu berada di Jakarta, Bandung dan Medan.

Pengangkutan, penginapan, makanan dan pemandu pelancong semuanya ditaja sepenuhnya.

Tujuannya bukan untuk mempromosikan pakej penerbangan mereka ketiga-tiga lokasi ini. Tetapi mempromosikan tempat pelancongan di ketiga-tiga lokasi supaya pelanggan mereka rasa berbaloi untuk menggunakan perkhidmatan mereka untuk ke sana.

Begitu juga dengan Tourism Pahang yang selama ini menjemput bro menyertai sebarang aktiviti mereka di Pahang dan mempromosikan beberapa lokasi yang menarik sebagai salah satu produk pelancongan mereka.

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Apa-apa pun Bro sendiri rasa berbaloi menjadi Travel Blogger. Satu kepuasan yang patut kita rasa sebagai seorang Blogger.

Walaupun anda tidak mendapat peluang sebegini. Tak salah anda mencipta peluang sendiri. Guna duit anda sendiri untuk melancong dan tulisnya di blog.

Dengan cara ini membuktikan anda seorang Travel Blogger yang tulen tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Semuanya terletak pada jari jemari anda dan anda bebas berkongsi pendapat anda tentang seseuatu produk pelancongan.

Tetapi anda perlu ingat, jangan sesekali melemparkan pandangan yang negatif sehingga memusnahkan produk pelancongan tersebut (contoh : service yang tidak memuaskan, harga yang tidak berpatutan etc)

Sebaliknya anda boleh cadangkan penambahbaikan bagi membaiki perkhidmatan yang ditawarkan.

Jangan lupa sertakan sekali detail seperti nama tempat, alamat, no telefon, email dan peta lokasi bagi memudahkan orang lain ke sana.

Selamat mencuba.

Bicara Bro : Masih tercari-cari lokasi yang sesuai untuk berhoneymoon. Rasanya sechedule bro bulan 3 nanti baru free.

Bro suka dengan penulisan Deq Noor yang suka melancong seorang diri dan kongsikan diblog beliau.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Travel Blogger – Platform Mempromosikan Produk Pelancongan

Leave a Reply

Top